Telefilem Enjit-Enjit Semut Di TV3

TV3 akan bawakan kembali telefilem Enjit-Enjit Semut yang mana akan menemui penonton semula pada 5 Mei ini menerusi Cereka Ahad.

Telefilem yang menampilkan gandingan antara Nabil Aqil dan Yuna Rahim sebagai teraju utama disamping pelakon popular lain seperti Usop Wilcha, Kamarol Hj Yusoff dan ramai lagi.

enjit-enjit semut

Sinopsis Telefilem Enjit-Enjit Semut

Telefilem Enjit-Enjit Semua mengisahkan tentang AJK Masjid yang semua terdiri daripada warga emas dan warga pencen. Kali ini mereke memberi peluang kepada 5 pelajar sekolah menengah untuk menjadi AJK Masjid dengan melakukan program untuk ‘meremajakan’ aktiviti-aktiviti masjid.

Dengan perubahan itu, AJK Masjid yang terdiri warga emas ini berharap program yang dijalankan oleh pelajar-pelajar tersebut berjaya menarik lebih ramai qariah tempatan untuk datang solat jemaah dan mengimarah kan masjid tersebut.

Pelakon Dan Watak

Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Nabil Aqil, Yuna Rahim, Danish Hazriq, Jay Nazif, Syed Ali Murthada, Usop Wilcha, Fathil Dani, Rashid Jaafar, Kamarool Hj Yusuf, Dewa Sapri, Kamal Ibrahim, Nami Nassir dan ramai lagi.

Advertisements
  • Nabil Aqil sebagai Muaz
  • Yuna Rahim sebagai Shaza
  • Usop Wilcha sebagai Hj. Daud (Pengerusi)
  • Kamaroll Hj Yusoff sebagai Pak Dollah
  • Rashid Jaafar sebagai Mejar (B) Jamaludin
  • Dewa Sapri sebagai Hj. Dorani (Tok Mudim)
  • Fathil Dani sebaga Hj. Wan Ismail (Imam)
  • Danish Hazriq sebagai Izzuddin
  • Syed Ali Murtadha sebagai Afiq
  • Jay Nazif sebagai Nazim

Produksi & Pengarah

Telemovie yang asalnya ditayangkan pada tahun 2023 ini merupakan arahan Heykal Hanifah, nukilan skrip daripada Zabidi Mohamed dan diterbitkan oleh produksi Luqsar Kreatif Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jangan lupa untuk saksikan telefilem Enjit-Enjit Semut yang akan menemui penonton semula pada 5 Mei 2024, bersiaran pada hari Ahad, pukul 9.00 malam menerusi slot Cereka Ahad di TV3 atau secara online di Tonton.

Leave a Comment