Telefilem Epok Di TV3

Jangan lupa saksikan telefilem Epok yang akan menemui penonton semula pada 31 Ogos 2024, hari Sabtu, jam 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2016 ini merupakan arahan Dato’ Ahmad Tamimi Siregar, nukilan skrip daripada Roydy Anuar dan diterbitkan oleh syarikat produksi Timore Niaga Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2016
Bersiaran : Slot Cereka Pilihan di TV3
Tarikh : 31 Ogos 2024 (Sabtu)
Masa : 2.00 pm
Penulis Skrip : Roydy Anuar
Pengarah : Dato’ Ahmad Tamimi Siregar
Produksi : Timore Niaga Sdn. Bhd.

Pelakon & Watak

Antara pelakon yang terlibat dalam telemovie ini seperti Izz Ilham, Eman Manan, Harris Alif, Wong Sip Hon, Hai Zhe, Farisya Adriana Jaafar, Dato’ Ahmad Tamimi Siregar dan ramai lagi.

  • Izz Ilham sebagai Epok
  • Eman Manan sebagai Pak Din
  • Harris Alif sebagai Atai
  • Dato’ Ahmad Tamimi Siregar sebagai Ayah Pak Din
  • Wong Sip Hon sebagai Ah Seng
  • Hai Zhe sebagai Sunny
  • Farisya Adriana Jaafar sebagai Rokiah

Sinopsis Telefilem Epok

Telemovie Epok mengisahkan watak Epok yang cuba membaiki hubungan tegang antara dia dan bapanya, Pak Din, melalui sukan badminton.

Dia berasa hairan akan minat dan usaha Pak Din yang bersungguh-sungguh melatihnya bermain badminton, sedangkan dia langsung tidak menunjukkan minat.

Advertisements

Segalanya berubah apabila satu hari, guru Pendidikan Jasmani mengarahkan semua murid kelasnya untuk bermain badminton.

Epok mula meminati sukan tersebut dan dia akhirnya sedar bahawa usaha Pak Din adalah untuk menanam semangat serta kekuatan mental dan fizikal.

Dengan pandangan dan keyakinan baru, Epok mula mengeratkan hubungan dengan ayahnya yang kebetulan ketika itu adalah musim Thomas Cup.

Leave a Comment