Telefilem Fasiq Di TV9

Jangan lupa saksikan telefilem Fasiq yang akan menemui penonton semula pada Isnin ini menerusi slot Skrin Di 9 yang mana sebuah kisah penuh dengan pengajaran.

Telefilem ini menampilkan barisan pelakon yang tidak kurang hebatnya seperti Fasha Sandha, Erwin Dawson dan pelakon muda berbakar Puteri Balqis bersama nama-nama lain lagi.

fasiq

Sinopsis Telefilem Fasiq

Telefilem Fasiq mengisahkan tentang Julisa seorang ibu muda yang mempunyai perniagaan kecantikkkan. Suaminya Hisyam hanya bekerja dari rumah dan mereka mempunyai seorang anak berusia 11 tahun.

Semakin hari perniagaan Julisa semakin maju dan membuatkan Julisa jarang berada di rumah dan banyak menghabiskan masa bersama Backy iaitu orang kanannya.

Hubungan erat Julisa dan Backry itu berpanjangan sehingga berlaku hubungan terlarang. Julisa didapati mengandung hasil hubungan bersama Backry.

Berita Julisa mengandung juga adalah berita gembira kepada Hisham kerana menyangka mereka bakal menerima cahaya mata kedua.

Kelahiran bayi tersebut mendatangkan dugaan berat buat mereka, anak itu didapati menghidapi penyakit jantung berlubang dan meninggal dunia ketika berusia 5 bulan.

Julisa tidak mampu menanggung perasaan bersalah dan takut akhirnya berterus terang kepada Hisyam. Hisham menceraikan Julisa.

 Julisa meraung dan sujud di kaki minta diampuni. Hisham hanya diam kemudian  berlalu meninggalkan Julisa.

Advertisements

Barisan Pelakon

Berikut merupakan pelakon yang terlibat seperti Fasha Sandha, Erwin Dawson, Aida Khalida, Puteri Balqis, Ariff Aziz, Afzan Rahman, Ustaz Safwan dan ramai lagi

Watak Lakonan

  • Fasha Sandha sebagai Julisa
  • Erwin Dawson sebagai Hisham
  • Aida Khalida sebagai Mummy
  • Puteri Balqis sebagai Erin
  • Ariff Aziz sebagai Bakry
  • Afzan Rahman sebagai Hafiz

Produksi & Pengarah

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2018 ini merupakan arahan Rusdi Ramli, penulisan skrip oleh Fatin Nabila bersama Indah Hairani dan diterbitkan oleh produksi A. Aida Production Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Tonton telefilem Fasiq yang akan menemui penonton semula pada 5 Februari 2024, hari Isnin, pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh strim secara online di Tonton.

Info Penuh Telemovie

Tayangan Asal : 2018
Bersiaran : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 5 Februari 2024 (Isnin)
Idea Asal : Indah Hairani
Skrip : Fatin Nabila, Indah Hairani
Pengarah : Rusdi Ramli
Produksi : A. Aida Production Sdn. Bhd.

Leave a Comment