Telefilem Genesis Di TV9

Jangan lupa saksikan telefilem Genesis yang akan menemui penonton semula pada 19 Ogos 2024, hari Isnin, pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau anda juga boleh strim secara online di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2018 ini merupakan arahan Ahmad Mustadha dan diterbitkan oleh syarikat produksi Kuasatek Pictures Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2018
Bersiaran : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 19 Ogos 2024 (Isnin)
Masa : 8.30 Malam
Pengarah : Ahmad Mustadha
Produksi : Kuasatek Pictures Sdn. Bhd.

Pelakon & Watak

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Genesis seperti Aeril Zafrel, Dato Jalaluddin Hassan, Aida Khalida, Aziza Kazan, Miera Leyana, Tash Yong, Ayuna Yusof, Ahmad Idham dan ramai lagi.

  • Dato Jalaluddin Hassan sebagai Datuk Bakhtiar
  • Aziza Kazan sebagai Zakiah
  • Aeril Zafrel sebagai Amirul

Sinopsis Telefilem Genesis

Lebih kurang 30 tahun yang lampau, Datuk Bakhtiar pernah bercinta dengan Zakiah. Apabila mendapati Zakiah telah mengandung dan enggan menggugurkannya, Datuk Bakhtiar telah meninggalkannya dan terus menghilangkan diri.

Setelah 30 tahun berlalu, Datuk Bakhtiar yang kini seorang tokoh korporat yang berjaya, membiarkan syarikatnya di uruskan oleh Amirul sebagai “C.O.O.” yang amat dipercayai kerana masing-masing banyak persamaan dari segi karektor dan disiplin kerja.

Advertisements

Segala keputusan yang diambil oleh Amirul seperti menawarkan Asha untuk menyertai pasukannya, sentiasa di restui Datuk Bakhtiar yang sudah kematian isteri dan tidak mempunyai anak.

Cerita di mulakan dengan pertemuan semula Datuk Bakhtiar dan Zakiah yang juga sudah lama kematian suami, di sebuah “resort” Port Dickson.

Dari pertemuan tersebut, berbangkitlah semula kisah lama antara mereka. Datuk Bakhtiar mendesak Zakiah untuk mengetahui anaknya yang di lahirkan dulu, samada lelaki atau perempuan.

Leave a Comment