Table Of Content
Jangan lupa saksikan telefilem Hantu Don yang akan menemui penonton semula pada 4 Januari 2025, hari Sabtu, jam 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan di TV3 atau boleh juga strim secara online di youtube Drama Sangat Official.
Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan arahan Jamal Khan, nukilan skrip daripada Rehal Nuharis dan diterbitkan oleh syarikat produksi Cinema Stage Production Sdn. Bhd.
Tayangan Asal : 2019
Bersiaran : Slot Cereka Pilihan di TV3
Tarikh : 4 Januari 2025 (Sabtu)
Masa : 2.00 Pm
Penulis Skrip : Rehal Nuharis
Pengarah : Jamal Khan
Produksi : Cinema Stage Production
Pelakon & Watak
Antara nama-nama yang terlibat dalam telemovie ini seperti Kamal Adli, Uqasha Senrose, Issey Fadzlisham, Razak Ahmad, Kazar Saisi, Syazwan Zulkifly, Aliff Yasraff, Shah Sulaiman, Fadzil Hamdan dan ramai lagi.
- Kamal Adli sebagai Abu
- Uqasha Senrose sebagai Ayu
- Issey Fadzlisham sebagai Hantu Don
- Razak Ahmad sebagai Tok Ketua
- Kazar Saisi sebagai Pak Akob
- Syazwan Zulkifly sebagai Hassan
Sinopsis Telefilem Hantu Don
Telefilem Hantu Don mengisahkan tentang Penduduk kampung Sungai Bil yang menjadi kecoh apabila muncul kelibat yang dipanggil Hantu Don di kampung mereka. Orang kampung mula takut untuk keluar pada waktu malam kerana bimbang akan dianggu oleh Hantu Don.
Abu merupakan pemuda di kampung itu bengang apabila perniagaan burgernya pada sebelah malam mula merosot sejak kehadiran Hantu Don. Abu sering menyumpah dan ingin bersemuka dengan Hantu Don.
Suatu malam ketika baru pulang dari meniaga, Abu terserempak dengan Hantu Don. Wajah Hantu Don yang menggerikan, menyebabkan Abu ketakutan lalu terlanggar Hantu Don dengan keretanya sehingga tercampak ke tepi semak.
Terbongkarlah rahsia yang sebenarnya Hantu Don merupakan orang gila yang menyamar menjadi Hantu Don dan kerjanya sering menakut-nakutkan penduduk kampung.
Namun demikian kehadiran Hantu Don telah menyebabkan banyak perubahan kepada Kampung Sungai Bil tersebut