Telefilem Hantu Musang King Di TV2

Saksikan kembali tayangan telefilem Hantu Musang King yang akan menemui penonton pada 24 Jun 2024, hari Isnin, pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau secara striming di RTM Klik.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2023 ini merupakan arahan sutradara Zh Emdee@M. Danial, nukilan skrip daripada Tommy Loh dan diterbitkan oleh produksi AllOut Pictures Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2023
Bersiaran : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 24 Jun 2024 (Isnin)
Masa : 9.00 Malam
Skrip : Tommy Loh
Pengarah : Zh Emdee@M. Danial
Produksi AllOut Pictures Sdn. Bhd.

hantu musang king

Barisan Pelakon

Antara nama-nama pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Luqman Hafidz, Wanna Ali, Wanss Ahmad, Natasya Ellyza, Shy Rim dan ramai lagi.

Advertisements

Watak Lakonan

  • Luqman Hafidz sebagai Hilman
  • Wanna Ali sebagai Normala
  • Natasya Ellyza sebagai Mawar
  • Wanss Ahmad sebagai Yan Wayar
  • Shy Rim sebagai Dato’ Johan

Sinopsis Telefilem Hantu Musang King

Telefilem Hantu Musang King mengisahkan tentang Hilman yang berhutang dengan Ah Long dan tidak mampu membayarnya. Suatu hari, dia menerima khabar bahawa neneknya mewasiatkan kebun Durian Musang King kepadanya.

Namun, agak sukar untuk Hilman menjual kebun tersebut ekoran khabar angin mengatakan terdapat hantu di kebun neneknya itu. Jadi pelbagai cara dibuat untuk menghalau hantu tersebut daripada kebunnya. Adakah akhirnya berjaya atau ada komplot diakhirnya?

Leave a Comment