Telefilem Iman Ke Syurga Di TV3

Telefilem Iman Ke Syurga akan menemui kembali orang ramai yang mana ianya akan disiarkan semula pada 15 Mac 2024, Jumaat ini di saluran TV3.

Sebuah naskah yang mempunyai banyak pengajaran ini menampilkan barisan pelakon seperti Harith Haziq, Zahiril Adzim dan ramai lagi.

iman ke syurga

Sinopsis Telefilem Iman Ke Syurga

Telemovie Iman Ke Syurga mengisahkan tentang Alif dan Ina yang terpaksa menghadapi hari-hari terakhir di bulan Ramdan bersama anak mereka setelah doktor meramalkan anak mereka hanya mampu bertahan sebulan sahaja.

Mereka akhirnya redha dan menerima hikmah disebalik pemergian Iman, Alif kembali rapat dengan ibu bapanya dan Ina juga disahkan mengandung.

Barisan Pelakon

Berikut antara nama-nama pelakon yang terlibat seperti Harith Haziq, Zahiril Adzim, Syeira Ayob, Dato’ Rahim Razali, Rosnah Johari, Faizul Syaharin, Anuar Hamid Aziz dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Harith Haziq sebagai Iman
  • Zahiri Adzim sebagai Alif
  • Syeira Ayob sebagai Ina
  • Rosnah Johari sebagai Mak Tam
  • Dato’ Rahim Razali sebagai Pak Salim
  • Faizul Syaharin sebagai Dr. Azman

Produksi & Pengarah

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2018 ini merupakan arahan Waan Hafiz, nukilan skrip daripada Sham Hashim dan diterbitkan oleh produksi Arie Zaharie Production Sdn. Bhd.

Advertisements

Waktu Bersiaran

Jangan lupa saksikan telefilem Iman Ke Syurga pada 15 Mac 2024, hari Jumaat, pukul 10.00 malam di saluran TV3 atau boleh juga strim di Tonton.

Info Penuh Telemovie

Tayangan Asal : 2018
Bersiaran : TV3
Tarikh : 15 Mac 2024 (Jumaat)
Waktu : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Sham Hashim
Pengarah : Waan Hafiz
Produksi : Arie Zaharie Production Sdn. Bhd.

Leave a Comment