Telefilem Insan Terpilih Di TV3 (Cerekarama)

Jangan lupa untuk saksikan telefilem Insan Terpilih yang akan menemui penonton semula pada 22 Jun 2024, hari Sabtu, pukul 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3 atau boleh juga striming di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan arahan sutradara Nazir Jamaluddin, nukilan skrip daripada Yati Chong dan diterbitkan oleh produksi Aniq Communication Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2019
Bersiaran : Slot Cerekarama TV3
Tarikh : 22 Jun 2024 (Sabtu)
Skrip : Yati Chong
Pengarah : Nazir Jamaluddin
Produksi : Aniq Communication Sdn. Bhd.

insan terpilih

Barisan Pelakon

Antara pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Syazwan Zulkifly, Fathil Dani, Jay Iswazir, Liza Othman, Zara Zya, Jeff Hassan, Syrim, Mohd Nasser Sapari, Mutalib Mubin dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Syazwan Zulkifly sebagai Firdaus
  • Fathil Dani sebagai Ustaz Zaki
  • Jay Iswazir sebagai Leman
  • Liza Othman sebagai Isteri Ustaz Zaki
  • Zara Zya sebagai Mastura

Sinopsis Telefilem Insan Terpilih

Telefilem Insan Terpilih mengisahkan tentang hidup Firdaus tidak terurus seperti orang lain.

Setiap hari dia akan mengeliling kampung mengutip sampah dan mencuci surau malah akan mengutip najis cicak yang berselerak di dalam surau dengan menggunakan tangannya. Katanya, jika dia mengguna penyapu, pahala akan menjadi sedikit.

Advertisements

Ustaz Zaki sangat kagum dengan Firdaus walaupun dia begitu tetapi dia rajin mencari pahala dan tidak mengambil kesempatan atas orang lain.

Dalam keadaannya sedemikian, ada segelintir anak-anak kampung menggelarnya “Firdaus Gila”. Malah Firdaus juga sering diganggu oleh Leman, pemuda kampung yang nakal dan menggelarkan Firdaus “busuk”.

Suatu hari, Ustaz Zaki dan orang kampung tertanya-tanya mana kelibat Firdaus kerana sudah seharian tidak datang ke surau. Berita yang diterima kemudiannya membuatkan semua orang tersentak dan moga kehadiran insan istimewa seperti Firdaus menjadi satu pedoman untuk semua.

Leave a Comment