Telefilem Isteri Untuk Abang Long Di TV9

Telefilem Isteri Untuk Abang Long akan menemui penonton kembali yang mana akan bersiaran menerusi slot Skrin Di 9 di TV9.

Sebuah telefielm adaptasi daripada sebuah novel mini yang diterbitkan secara eksklusif oleh Penerbitan Fajar Pakeer dengan tajuk #SuamiIsteri.

isteri untuk abang long

Sinopsis Telefilem Isteri Untuk Abang Long

Telefilem Isteri Untuk Abang Long bermula dengan kisah selepas perkahwinan Kak Ngah dan Adik berkahwin secara serentak, mereka mula membincangkan soal hidup Abang Long bersama Cik Esah, mak mereka.

Selepas kematian ayah mereka, Abang Long selaku anak sulung dan satu-satunya anak lelaki Cik Esah, mengambil tempat ayahnya dengan rasa penuh tanggungjawab sehinggakan dia sanggup berhenti belajar ketika itu.

Dia seorang yang garang dan tegas, tetapi tiap apa yang adik-adiknya minta pasti dipenuhi dan patuh pada Cik Esah. Kerana ingin melihat Abang Long mempunyai keluarga sendiri, Kak Ngah dan Adik mendesak Cik Esah bertanyakan soal masa depan Abang Long.

Pelakon Dan Watak

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Idris Khan, Siti Saleha, Rosnah Johari, Lia Natalia, Mona Bella, Rosila Amin, Nurul Hana, Shakir Aiman dan ramai lagi.

Advertisements
  • Idris Khan sebagai Abang Long
  • Siti Saleha sebagai Dian
  • Rosnah Johari sebagai Cik Esah
  • Lia Natalia sebagai Kak Ngah
  • Mona Bella sebagai Adik

Pengarah & Produksi

Telefilem asalnya diterbitkan pada tahun 2017 ini merupakan arahan Shuhaimi Lua, nukilan skrip daripada Rehal Nuharis dan diterbitkan oleh syarikat produksi Tanah Beris Film Production

Waktu Bersiaran

Saksikan telefilem Isteri Untuk Abang Long yang akan menemui penonton semula pada 17 Mei 2024, hari Jumaat, pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau secara online striming di Tonton.

Leave a Comment