Telefilem Jalan Pulang Di TV2

RTM bawakan kembali telefilem Jalam Pulang yang mengisahkan tentang kerjasama sekumpulan kanak-kanak yang hilang di tengah hutan untuk mencari jalan pulang.

Antara pelakon cilik yang terlibat dalam telemovie ini ialah Adam Darwish, Razfareyza Fenge, Izz Anas Muzamil, Navien, Puteri Alani dan Thaqeefah. Masing-masing mempunyai peranan masing-masing sepanjang penceritaan.

jalan pulang

Sinopsis Telefilem Jalan Pulang

Ianya mengisahkan tentang Rayyan dan keluarganya yang baru berpindah ke kampung. Sikap Rayyan yang selalu leka dengan gajetnya menjadikan dia sombong dan tidak suka berkawan.

Abu pula seorang anak yatim tetapi ceria merupakan penduduk asal kampung itu. Abu bersama Pian dan Gopal ingin berkawan dengan jiran barunya Rayyan tetapi tidak dilayan.

Suatu hari, mereka semua menyertai Kem Bina Semangat. Rayyan, Abu, Pian, Gopal telah sesat di hutan. Jadi mereka terpaksa bergantung harap antara satu sama lain sehingga berjaya mencari jalan keluar.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat ialah Adam Darwish, Razfareyza Fenge, Izz Anas Muzamil, Navien, Puteri Alani Thaqeefah, Suky San, Laili, Kamal Bakar, Mohd Rafiz , Durrazali dan ramai lagi.

Advertisements

Watak Lakonan

  • Adam Darwish sebagai Rayyan
  • Razfareyza sebagai Abu
  • Izz Anas sebagai Piah
  • Navien sebagai Gopal
  • Puteri Alani sebagai Hada
  • Suky San sebagai Halim
  • Laili sebagai Ros
  • Kamal Bakar sebagai Pak Hassan
  • Mohd Razif sebagai Din
  • Durrazali seabgai Lisa

Produksi & Pengarah

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2022 ini merupakan arahan Meor Mardzuki dan diterbitkan oleh syarikat produksi Cahaya Panglima Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jangan lupa saksikan telefilem Jalan Pulang yang akan menemui penonton pada 6 Februari 2024, bersiaran semula pada hari Selasa, jam 9.00 malam di slot Drama On 2 di TV2 dan RTM Klik

Info Penuh Telemovie

Tayangan Asal : 2022
Bersiaran : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 6 Februari 2024 (Selasa)
Pengarah : Meor Mardzuki
Produksi : Cahaya Panglima Sdn. Bhd.

Leave a Comment