Telefilem Jubah Dari Mekah Di TV3

Jangan lupa untuk saksikan telefilem Jubah Dari Mekah yang akan menemui penonton semula pada 15 Jun 2024, bersiaran pada hari Sabtu, pukul 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan di TV3 atau secara online di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2019 sempena Hari Raya Aidiladha ini merupakan arahan Heykal Hanifah, nukilan skrip daripada Farhana Fauri dan diterbitkan oleh produksi Luqsar Kreatif Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2019
Bersiaran : Slot Cereka Pilihan di TV3
Tayangan : 15 Jun 2024 (Sabtu)
Masa : 2.00 petang
Skrip : Farhana Fauri
Pengarah : Heykal Hanifah
Produksi Luqsar Kreatif Sdn. Bhd.

jubah dari mekah

Barisan Pelakon & Watak

Antara barisan pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Erynne Erynna, Norlia Ghani, Rusdi Ramli, Julia Farhana Marin, Fimie Don, Kodi Rasheed, Kamal Ibrahim dan ramai lagi.

  • Norlia Ghani sebagai Mak Leha
  • Erynne Erynna sebagai Nabila
  • Rusdi Ramli sebagai Shakir
  • Julia Farhana sebagai Elis

Sinopsis Telefilem Jubah Dari Mekah

Telefilem Jubah Dari Mekah mengisahkan tentang Mak Leha, seorang ibu tunggal membesarkan dua orang anaknya, Shakir dan Nabila (Abil). Abil menjadi penagih dadah.

Shakir nekad mengurung Abil di bawah kolong rumah kerana tidak mahu Abil mendapatkan bekalan dadah lagi.

Mak Leha tidak sanggup melihat keadaan Abil dikurung seperti itu. Malah melihat Abil semakin gian ketagih, Mak Leha pula sanggup mendapatkan bekalan dadah untuk Abil.

Advertisements

Pada masa yang sama, Mak Leha berhasrat untuk menunaikan umrah dengan wang simpanannya. Shakir pula ingin melunaskan hasrat ibunya untuk ke tanah suci walaupun isterinya, Elis tidak bersetuju kerana dia memang tidak suka kepada Mak Leha dan Abil.

Namun melihat keadaan Abil makin teruk, Mak Leha telah menukar hasratnya untuk ke Mekah dengan menggantikan Abil.

Pada mulanya Shakir membantah kerana padanya Abil hanya menyusahkan dia dan ibunya. Namun memikirkan itu antara cara terakhir untuk memulihkan Abil, dia bersetuju.

Leave a Comment