Telefilem Kasih Dari Syurga Di TV2

Daripada telefilem Kasih Dari Syurga, kita dapat lihat bagaimana anak pelakon utama sendiri iaitu Raizal Azrai yang membawa watak utama dalam cerita ini.

Sebuah telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2022 ini menampilkan Zarina Zainuddin bersama anaknya sendiri secara teraju utama.

kasih dari syurga

Sinopsis Telefilem Kasih Dari Syurga

Telefilem Kasih Dari Syurga mengisahkan tentang Suhaira yang terkejut apabila doktor mengesahkan anaknya menghidap autisme pada umur lima tahun.

Walaupun begitu, dia tidak kecewa kerana dia percaya itu juga rezeki dan dugaan dari Allah.

Baginya dikurniakan anak autisme kerana dia terpilih dan Allah sayangkannya. Namun sebaliknya dengan suaminya tidak dapat menerimanya lalu menceraikan Suhaira.

Muncul seorang lelaki yang ikhlas mahu membantunya sama-sama membesarkan anaknya itu. Adakah Suhaira menerima jodoh tersebut?

Barisan Pelakon

Berikut merupakan nama-nama pelakon yang terlibat dalam cerita ini seperti Zarina Zainuddin, Raja Azmi, Haeriyanto Hassan, Muhammad Raizal Azrai, Meor Mohd Mili Supina, Jasmid Hamid dan ramai lagi.

Watak Lakonan

Zarina Zainuddin sebagai Suhaira
Raja Azmi sebagai Mak Milah
Haeriyanto Hassan sebagai Taufiq
Muhammad Raizal Azrai sebagai Azli

Advertisements

Produksi & Pengarah

Telemovie ini merupakan arahan Riza Baharudin, penulisan skrip daripada Mami Zubi dan diterbitkan oleh produksi Ritma Perintis Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jangan lupa saksikan telefilem Kasih Dari Syurga ulangan pada 29 Januari 2024, hari Isnin, pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau secara online di RTM Klik.

Info Penuh Telemovie

Tayangan Asal : 2022
Bersiaran : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 29 Januari 2024 (Isnin)
Waktu : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Mami Zubi
Pengarah : Riza Baharudin
Produksi : Ritma Perintis Sdn. Bhd.

Leave a Comment