Telefilem Kau Langit Aku Laut Di TV3

Hujung minggu anda akan disajikan kembali telefilem Kau Langit Aku Laut yang akan menemui penonton pada 29 Jun 2024, hari Sabtu, pukul 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan di TV3 atau secara striming di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan arahan Feroz Abdul Kader, nukilan skrip daripada Mahizan Husain dan diterbitkan oleh syarikat produksi FJ Pictures.

Tayangan Asal : 2019
Bersiaran : Slot Cereka Pilihan di TV3
Tarikh : 29 Jun 2024 (Sabtu)
Masa : 2.00 Petang
Skrip : Mahizan Husain
Pengarah : Feroz Abdul Kader
Produksi : FJ Pictures

kau langit aku laut

Sinopsis Telefilem Kau Langit Aku Laut

Telefilem Kau Langit Aku Laut mengisahkan tentang Anas iaitu seorang bekas ketua gangster. Dia telah menjalani hukuman penjara selama 7 tahun atas kesalahan merompak.

Setelah dibebaskan, Anas masih dicari oleh saki baki gengnya yang masih mahu Anas kembali menjadi ketua mereka. Mereka sedang merancang rompakan yang lebih besar.

Anas tak mahu lagi mempertaruhkan hidupnya sebagai penjenayah. Dia mengambil keputusan untuk pergi ke rumah pakciknya di sebuah kampung nelayan. Di situ, Anas ingin memulakan hidup baru.

Penjara telah membuatkan Anas memikirkan semula tentang masa mudanya yang selama ini banyak dihabiskan di jalan kejahatan.

Advertisements

Anas begitu kesal mengingati segala pengorbanan ibunya yang bersusah payah membesarkannya sebagai ibu tunggal dan kemudian maut dalam kemalangan.

Anas sedih kerana dia tak pernah membuatkan ibunya bahagia. Anas nekad untuk berubah. Pakciknya menerima Anas dengan baik. Anas ikut pak ciknya ke laut dan belajar menjadi nelayan.

Leave a Comment