Telefilem Kebaya Mek Hwa Di TV3

Malam hujung minggu anda akan disajikan dengan telefilem Kebaya Mek Hwa yang akan menemui penonton semula pada 11 Februari 2024.

Telefilem ini pada asalnya ditayangkan pada tahun 2018 dengan menampilkan barisan pelakon seperti Pauline Tan, Syazwan Zulkifli, Wan Hanafi Su dan ramai lagi.

kebaya mek hwa

Sinopsis Telefilem Kebaya Mek Hwa

Telefilem Kebaya Mek Hwa membawakan penceritaan tentang keunikan kehidupan masyarakat peranakan Cina di Terengganu.

Ianya Mengisahkan tentang Mei iaitu gadis 24 tahun yang tiba di Terengganu dalam menjejaki seorang perempuan Cina Peranakan yang hanya dikenali sebagai Mek Hwa (60-an).

Pencarian individu tersebut hanyalah berpandukan sekeping foto dalam sepucuk surat tinggalan bapanya iaitu Goh bagi menunaikan hajat ayahnya yang tidak kesampaian.

Barisan Pelakon

Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam telemovie ini ialah Pauline Tan, Syazwan Zulkifli, Wan Hanafi Su, Issey Fazlisham, Sulaiman Yassin, Ko Lay Inn, Koh Peng Swee, Janet Tan dan ramai lagi.

Advertisements

Watak Lakonan

  • Pauline Tan sebagai Mei
  • Syazwan Zulkifli sebagai Dani
  • Wan Hanafi Su sebagai Tok Awang
  • Issey Fazlisham sebagai Piang
  • Sulaiman Yassin sebagai Pok Mat

Produksi & Pengarah

Telefilem yang ditayangkan sempena Tahun Baru Cina ini merupakan arahan Sabri Yunus yang ditulis skrip oleh beliau sendiri dan diterbitkan syarikat produksi Mache AllStar United Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Tonton telefilem Kebaya Mek Hwa yang akan menemui penonton semula pada 11 Februari 2024, hari Ahad, jam 9.00 malam menerusi slot Cereka Ahad di TV3 dan online Tonton.

Info Penuh Telemovie

Tayangan Asal : 2018
Bersiaran : Slot Cereka Ahad di TV3
Tarikh : 11 Februari 2024 (Ahad)
Waktu : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Sabru Yunus
Pengarah : Sabri Yunus
Produksi : Mache AllStar United Sdn. Bhd.

Leave a Comment