Telefilem Kerana Dia Isteri Di TV2

RTM akan bawakan kembali telefilem Kerana Dia Isteri yang mana akan menemui penonton pada Selasa menerusi slot Drama On 2 di TV2.

Sebuah telefilem tentang konflik kekeluargaan antara pasangan suami isteri yang mana menampilkan gandingan Rita Rudaini dan Adi Putra sebagai teraju utama.

kerana dia isteri

Sinopsis Telefilem Kerana Dia Isteri

Telefilem Kerana Dia Isteri mengisahkan tentang kehidupan sebuah keluarga yang susah iaitu Halimi dan Suhana bersama-sama anak-anaknya.

Demi anak mereka, Halimi terpaksa berpisah demi mencari pekerjaan untuk menampung perbelanjaan keluarganya sehari-hati. Kerana mengikut nafsu, Halimi berlaku curang dan mula melupakan anak dan isterinya ketika bekerja di bandar.

Hinggalah suatu hari, Halimi terlibat dalam kemalangan dan cedera parah. Masih adakah peluang kedua buat Halimi?

Namun adakah Suhana isterinya sudi menerimanya kembali?

Advertisements

Pelakon Dan Watak

Berikut merupakan barisan pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Rita Rudaini, Dato’ Adi Putra, Tiz Zaqyah, Hairi Safwan, Halmey Hamdah dan ramai lagi.

  • Rita Rudaini sebagai Suhana
  • Dato’ Adi Putra sebagai Halimi

Produksi & Pengarah

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2022 ini merupakan arahan sutradara Raja Ahmad Alauddin dan diterbitkan oleh syarikat produksi Spekstra Selasih Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jangan lupa untuk tonton telefilem Kerana Dia Isteri yang akan menemui penonton semula pada 8 Julai 2024, hari Selasa, jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 dan striming di RTM Klik.

Leave a Comment