Telefilem Ketika Daun Berzikir Di TV3

Saksikan telefilem Ketika Daun Berzikir yang akan menemui penonton semula pada 20 September 2024, hari Jumaat, pukul 1.00 tengah hari menerusi slot Wayang di TV3 atau secara online di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2016 ini merupakan arahan Murali Abdullah, nukilan skrip daripada Didi Wahida Rosdi dan diterbitkan oleh syarikat produksi Enuja Production Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2016
Bersiaran : Slot Wayang di TV3
Tarikh : 20 September 2024 (Jumaat)
Masa : 1.00 pm
Skrip : Didi Wahida Rosdi
Pengarah : Murali Abdullah
Produksi : Enuja Production Sdn. Bhd.

Pelakon & Watak

Antara pelakon yang terlibat seperti Razak Ahmad, Zamarul Hisham, Nazeera Sardi, Naim Daniel, Acong Sweetchild, Zarina Zainuddin, Nafiz Muaz, Hasnah Hashim, Doria Rachel Joy dan ramai lagi.

  • Razak Ahmad sebagai Muhzir
  • Zamarul Hisham sebagai Farid
  • Nazeera Sardi sebagai Tasha
  • Naim Daniel sebagai Ali
  • Acong Sweetchild sebagai Iqbal
  • Zarina Zainuddin sebagai Halimah

Sinopsis Telefilem Ketika Daun Berzikir

Telemovie Ketika Daun Berzikir mengisahkan tentang Muzir yang kecewa terhadap anak-anaknya, Farid dan Asyraf yang langsung tidak mempunyai perasaan ketika arwah isterinya meninggal dunia.

Advertisements

Muzir nekad berhijrah ke bandar untuk berdakwah kepada anak-anaknya sendiri setelah melihat mereka leka dengan duniawi. Muzir juga membeli beberapa barangan ibadah kerana keperluan ibadah di rumah Farid dan Asyraf serba tidak lengkap.

Berkat usaha dan dia Muzir untuk membentuk anak-anaknya membuatkan mereka mula berubah. Muzir pulang ke kampung untuk meneruskan hidupnya seperti biasa.

Leave a Comment