Telefilem Ketupat Terakhir Di TV9

Jika sebelum ini telefilem Ketupat Terakhir dibawakan sempena Aidilfitri dan kali ini akan disajikan kembali kepada penonton pada hari-hari terakhir Ramadan pula.

Sebuah telefilem yang pernah popular pada tahun 2016 yang lalu dan kini akan menemui penonton semula dan kali ini akan disiarkan di saluran TV9 pula.

ketupat terakhir

Sinopsis Telefilem Ketupat Terakhir

Telefilem Ketupat Terakhir mengisahkan tentang kebehagiaan kehidupan Mak Nen bersama satu-satunya anak tunggalnya iaitu Rahim.

Namun begitu, setelah berkahwin, sikap Rahim mula berubah. Mak Nen nekad tahun ini dia mahu beraya dengan Rahim.

Advertisements

Pada malam raya, Rahim dan isterinya, Dira akan berangkat ke Paris. Dengan pertolongan Wahid anak muda yang selalu membantunya, Mak Nen telah pergi ke KL dengan menaiki kereta lama Wahid.

Orang gaji memberitahu yang mereka telah pergi keluar negara. Hancur hati Mak Nen. Dia membawa ketupat dan Wahid mengajak Mak Nen pulang semula ke kampung.

Rahim pula telah bertengkar dengan Dira di tepi jalan hampir ke KLIA. Dia rasa berdosa pada ibunya dan mahu kali ini bertemu dengan ibunya.

Sepanjang jalan pulang Rahim mengingati semua kesilapannya dan betapa derhakanya pada ibu yang terlalu menyayanginya. Adakah Rahim berjaya bertemu dengan ibunya?

Pelakon & Watak Lakonan

Telefilem ini menampilkan lakonan hebat daripada Azhan Rani, Nabila Huda, Fauziah Nawi, Norlia Ghani, Haeryanto Hassan, Liza Abdullah, Wan Sharmila, Zarina dan ramai lagi.

  • Azhan Rani sebagai Rahim
  • Nabila Huda sebagai Dira
  • Fauziah Nawi sebagai Mak Nen
  • Norlia Ghani sebagai Mak Som
  • Haeryanto Hassan sebagai Wahid
  • Liza Abdullah sebagia Shamsiah
  • Wan Sharmila sebagai Nisa

Produksi & Pengarah

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2016 ini merupakan arahan Rashid Sibir, nukilan skrip bersama tuan pengarah, Basri Musa, Nora Sham serta Hajis Sipir dan ianya diterbitkan oleh produksi Rashbir Media Sdn. Bhd.

Advertisements

Waktu Bersiaran

Saksikan telemovie Ketupat Terakhir yang akan menemui penonton pada 8 April 2024, hari Isnin, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Dimana Ditayangkan?

Slot Skrin Di 9 di TV9

Tarikh Tayangan

8 April 2024 (Isnin)

Waktu Bersiaran

8.30 Malam

Leave a Comment