Telefilem Khilaf Seorang Isteri Di TV9

Kini telefilem Khilaf Seorang Isteri akan menemui penonton semula yang mana akan disiarkan kembali pada 6 Mei ini menerusi slot Skrin Di 9.

Sebuah telefilem tentang realiti kehidupan masyarakat berkaitan dengan rumahtangga suami isteri dengan menampilkan Syatilla Melvin dan Fezrul Khan sebagai teraju utama.

khilaf seorang isteri

Sinopsis Telefilem Khilaf Seorang Isteri

Telefilem Khilaf Seorang Isteri mengisahkan tentang Muiz dan Thalia yang merupakan pasangan suami isteri yang telah bercerai.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang bernama Aryana. Mereka telah membawa haluan masing-masing dengan pasangan baru mereka.

Muiz merupakan seorang Pengurus Kewangan di sebuah syarikat besar dan telah berkahwin dengan Ryna seorang Eksekutif Perundangan, manakala Thalia pula telah bertemu jodoh dengan seorang Pengarah, Jimmy.

Setelah memulakan hidup dengan pasangan baru masing-masing, mereka melalui satu pengalaman hidup yang berbeza dengan sebelum mereka berpisah.

Hal itu menyebabkan mereka terkenang kembali dengan kisah perkahwinan lampau dan kesilapan mereka semasa perkahwinan yang lalu.

Advertisements

Pelakon Dan Watak Lakonan

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Syatilla Melvin, Fezrul Khan, Fizz Fairuz, Tasha Shila, Mardiana Alwi, Adik Amanda Hariz dan ramai lagi.

  • Syatillah Melvin sebagai Thalia
  • Fezrul Khan sebagai Muzi
  • Fizz Fairuz sebagai Jimmy
  • Tasha Shilla sebagai Ryna
  • Adi Amanda Hariz sebagai Aryana

Produksi & Pengarah

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2015 ini merupakan arahan Heykal Hanifah dan diterbitkan oleh syarikat produksi Saphire Screen Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan semula telefilem Khilaf Seorang Isteri pada 6 Mei 2024, hari Isnin, pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Leave a Comment