Table Of Content
Jangan lupa saksikan telefilem Komedia yang akan menemui penonton semula pada 2 Disember 2024, hari Isnin, jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga strim secara online di RTM Klik.
Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2023 ini merupakan arahan Zul Arief Mohd Kharib, nukilan skrip daripada Wan Amin Wan Yahaya dan diterbitkan oleh produksi KCP Studios Sdn. Bhd.
Tayangan Asal : 2023
Bersiaran : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 2 Disember 2024 (Isnin)
Masa : 9.00 malam
Skrip : Wan Amin Wan Yahaya
Pengarah : Zul Arief Mohd Kharib
Produksi : KCP Studios Sdn. Bhd.
Pelakon Dan Watak
Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telemovie ini seperti Zahiril Adzim, Shiqin Kamal, Syainie Aida, Priscilla Nair, Nizam Jentik-Jentik, Azam Said Nu’man Salleh, Shyrim Husni dan ramai lagi.
- Zahiril Adzim sebagai Fahim
- Shiqin Kamal sebagai Fatin
- Syainie Aida sebagai Hana
- Priscilla Nair sebagai Rekha
- Nizam Jentik-Jentik sebagai Nizam
- Nu’man Salleh sebagai Pak Abu
Sinopsis Telefilem Komedia
Telefilem Komedia mengisahkan tentang seorang lelaki yang ingin memenangi pertandingan lawak namun cita-citanya diiringi bersama kematian isterinya sewaktu di pentas akhir.