Telefilem Lagu Untuk Suri Di TV3 (Cerekarama)

Jangan lupa untuk saksikan telefilem Lagu Untuk Suri yang akan menemui penonton semula pada 17 Ogos 2024, hari Sabtu, pukul 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2020 ini merupakan arahan Isqandar Jebat, merangkap penulis skrip dan ianya diterbitkan oleh syarikat produksi Primeworks Studio.

Tayangan Asal : 2020
Bersiaran : Slot Cerekarama di TV3
Tarikh : 17 Ogos 2024 (Sabtu)
Masa : 10.00 malam
Idea Asal : Ayu Amirrol
Penulis Skrip : Isqandar Jebat
Pengarah : Isqandar Jebat
Produksi : Primeworks Studio

Pelakon & Watak Lakonan

Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Naim Daniel, Sissy Imann, Sweet Qismina, Aida Aris, Aman Graseka, Iskandar Norzaman, Jesse Lim, Shamielya Shamsul dan ramai lagi.

  • Naim Daniel sebagai Johan
  • Sissy Imann sebagai Suri
  • Sweet Qismina sebagai Sara
  • Aida Aris sebagai Syafa
  • Aman Graseka sebagai Abhar
  • Iskandar Norzaman sebagai Zam
  • Jesse Lim sebagai Lim

Sinopsis Telefilem Lagu Untuk Suri

Telefilem Lagu Untuk Suri mengisahkan tentang konflik cinta tiga segi antara dua adik beradik, Suri dan Sara dengan seorang penyanyi yang sedang meningkat naik iaitu Johan Abhar.

Suri mendapati Sara sering ponteng sekolah dan tidak mahu belajar. Sara anak bongsu yang selalu dipersalahkan oleh keluarga kerana pelajarannya yang merosot dan tidak minat belajar manakala Suri pula seorang anak yang bijak dan sentiasa dipuji.

Oleh kerana hubungan dua adik beradik ini tidak begitu akrab, mereka selalu berselisihan faham.

Advertisements

Sara ialah peminat setia kepada Johan Abhar yang mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang penyanyi yang terkenal. Namun, cita-cita Johan dilarang oleh ayahnya yang mengandaikan ia hanyalah angan-angan kosong.

Abhar tidak yakin dengan kehebatan anaknya dan sering memperlekehkan bakat Johan. Suri mendapati Sara lebih gemarkan muzik dan taksub kepda Johan yang menyebabkan Sara tidak minat belajar.

Suri ingin menyiasat apa yang sebenarnya Sara lakukan, sehinggalah Suri bertemu dengan Johan.

Leave a Comment