Telefilem Langit Di TV3

Hujung minggu ini, anda boleh saksikan semula telefilem Langit yang akan dibawakan kembali untuk tontonan ramai menerusi slot Cerekarama di TV3.

Sebuah kisah yang menceritakan tentang bagaimana si ibu perlu berdikari dan menjadi pencari nafkah keluarga setelah kematian suami.

langit

Sinopsis Telefilem Langit

Telefilem Langit mengisahkan tentang seorang suri rumah Raziah yang berubah menjadi wanita berdikari dan pencari nafkah kepada keluarga setelah kematian suaminya.

Tidak rela pasrah dengan nasib hidupnya, Raziah keluar mencari pekerjaan dan cuba untuk berjaya dalam hidup, juga untuk memenangi semula rasa hormat daripada komunitinya.

Pelakon Dan Watak

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Eira Syazira, Azad Jasmin, Syed Ali Murtadha, Aryana Amani, Fauziah Nawi, Omar Abdullah, Fadilah Mansor, Anne Abdullah, Syed Ali, Mak Wan Latah dan ramai lagi.

Advertisements
  • Eira Syazira sebagai Raziah
  • Azad Jasmin sebagai Syam
  • Syed Ali Murtadha sebagai Awan
  • Aryana Amani sebagai Pelangi
  • Fauziah Nawi sebagai Mak Yam
  • Omar Abdullah sebagai Pak Ali

Produksi & Pengarah

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2022 ini merupakan arahan Eoon Shuhaini, nukilan skrip daripada Moonrahdin (PGRs Team) dan diterbitkan oleh syarikat produksi Saphire Screen Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jangan lupa saksikan telefilem Langit yang akan menemui penonton semula pada 1 Jun 2024, hari Sabtu, pukul 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Leave a Comment