Telefilem Lara Semalam Di TV2

Jangan lupa saksikan telefilem Lara Semalam yang akan menemui penonton semula pada 8 Oktober 2024, bersiaran pada hari Selasa, pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga strim percuma secara online di RTM Klik.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2022 ini merupakan arahan Ollyn Khadri, nukilan skrip daripada Nor Farhana Ahmad Badri dan diterbitkan oleh produksi Ehsan Reka Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2022
Bersiaran : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 8 Oktober 2024 (Selasa)
Masa : 9.00 malam
Skrip : Nor Farhana Ahmad Badri
Pengarah : Ollyn Khadri
Produksi : Ehsan Reka Sdn. Bhd.

Pelakon Dan Watak

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Raja Afiq, Wafariena Roslam, Hafeez Mikhail, Ku Faridah, Mohd Qzabir, Aryan Adzrin dan ramai lagi.

  • Raja Afiq sebagai Azril
  • Wafariena Roslan sebagai Jasmin
  • Hafeez Mikhail sebagai Remy
  • Aryan Adzrin sebagai Ryan
  • Ku Faridah sebagai Mak Edah

Sinopsis Telefilem Lara Semalam

Telefilem Lara Semalam mengisahkan tentang Jasmin isteri kepada Azril yang terasa terabai kerana suaminya banyak menghabiskan masa dalam urusan perniagaan baharunya sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami.

Advertisements

Disebabkan itu juga, Jasmin berpaling mencintai bekas teman lelakinya, Remy sehingga mengabaikan tanggungjawabnya sebagai isteri, ibu kepada Ryan dan anak kepada Mak Edah.

Apakah kesudahan pengakhirnya kepada Jasmin?

Leave a Comment