Telefilem Love You Miss Pomen Di TV9

Bagi yang merindui lakonan Mira Filzah, anda boleh tonton semula telefilem Love You Miss Pomen yang akan menemui penonton pada 31 Mei ini.

Dalam telefilem ini, beliau yang memegang watak sebagai Saerah digandingkan dengan pelakon dan penyanyi sensasi, Aliff Aziz.

BACA JUGA : Biodata Aliff Aziz

love you miss pomen

Sinopsis Telefilem Love You Miss Pomen

Telefilem Love You Miss Pomen mengisahkan tentang Remy yang rimas dengan sifat Nana yang mengada-ngada setelah terlalu lama mereka bercinta.

Ketika Remy bermalam di rumah keluarga Nana akibat kereta rosak, Remy berkenalan rapat dengan Saerah, mekanik bengkel tempat Remy menghantar keretanya.

Remy menyukai Saerah kerana dia seorag yang berdikari. Suatu hari, ketika Nana dan Remy bersiar-siar di kampung, mereka bertegur sapa dengan Azli, seorang pemuda kampung. Azli pula suda lama menyukai Saerah namun tidak dilayan.

Apabila Azli ternampak Saerah melayan Remy dengan mesra di bengkel, perasaan cemburu dan dengki mula meluap-luap dalam hatinya.

Maka berlakulah pertengkaran hebat antara Nana dengan Remy.  Saerah pula kecewa dengan Remy kerana dia merahsiakan hubungan cintanya dengan Nana.

Advertisements

Pelakon Dan Watak Lakonan

Antara nama-nama yang membintangi telefilem ini ialah Aliff Aziz, Mira Filzah, Kamal Sumbu, Aishah Azman, Rashid Jafar, Ikhlas Jalil, Mak Wan Latah dan ramai lagi.

  • Aliff Aziz sebagai Remy
  • Mira Filzah sebagai Saerah
  • Kamal Sumbu sebagai Samad
  • Aishah Azman sebagai Nana
  • Rashid Jafar sebagai Pak Leh
  • Ikhlas Jalil sebagai Azli
  • Mak Wan Latah sebagai Mak Tom

Produksi & Pengarah

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2016 ini merupakan arahan Heykal Hanifah, nukilan skrip bersama Hafid Derani, Shahnas Putra dam Aida Othman serta diterbitkan oleh produksi Art Ornament Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa untuk tonton telefilem Love You Miss Pomen yang akan menemui penonton pada 31 Mei 2024, hari Jumaat, pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 dan secara online di Tonton.

Leave a Comment