Telefilem Luluh Di TV3

Jika anda masih ingat, telefilem Luluh pernah trending pada tahun 2020 yang mana penonton merasakan cerita ini meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati.

Kini drama yang pernah membuat penonton menangis ini akan ditayangkan semula pada bulan Mei ini menerusi slot Cerekarama di TV3.

Ianya merupakan sebuah cerita yang mengetengahkan tentang kasih sayang seorang abang yang sanggup berkorban apa sahaja untuk keluarganya.

telefilem luluh

Sinopsis Telefilem Luluh

Telefilem Luluh bermulan dengan kisah Farhan yang berada di tahun 2 pengajian di universiti balik ke kampung. Semasa cuti semester tersebut, Farhan ditunangkan dengan Khairina, jiran dan juga ‘girlfriend’ nya sejak di sekolah menengah lagi.

Namun seminggu selepas majlis pertunangan mereka, ayah Farhan iaitu Husin meninggal dunia semasa pulang dari laut.

Memandangkan Husin adalah yang selama ini bertanggunjawab menyara keluarga, Farhan ambil keputusan untuk berhenti belajar demi untuk menjaga ibu dan memberi laluan pada adiknya, Syakir untuk memulakan pengajian di Universiti.

Sepanjang Syakir di universiti, Farhan yang bertungkus lumus bekerja untuk memastikan adiknya itu tidak berhadapan dengan apa-apa masalah kewangan.

Disamping itu juga, Farhan juga menyara Khairina yang sama-sama belajar dengan Syakir di universiti yang sama.

Advertisements

Pelakon Dan Watak

Telefilem Luluh menampilkan barisan pelakon seperti Aeril Zafrel, Izzue Islam, Ummi Nazeera, Nad Zainal, Fadilah Mansor, Haeriyanto Hassan, Kak Ema Latah, Iskandar Shah dan ramai lagi.

  • Aeril Zafrel sebagai Farhan
  • Izzue Islam sebagai Syakir
  • Ummi Nazeera sebagai Suri
  • Nad Zainal sebagai Khairina
  • Fadilah Mansor sebagai Fatimah
telefilem luluh

Produksi & Pengarah

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2020 ini merupakan arahan Mohd Fazli Yahya@Pali Yahya, nukilan skrip daripada Ayuni Zamani dan diterbitkan oleh syarikat produksi P&D Pictures Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jangan lupa untuk saksikan semula telefilem Luluh yang akan menemui penonton pada 11 Mei 2024, bersiaran pada hari Sabtu, pukul 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3 atau boleh strim secara online di Tonton.

Leave a Comment