Telefilem Maaf Dari Khilaf Di TV3

TV3 bawakan kembali telefilem Maaf Dari Khilaf yang pernah ditayangkan sebelum ini pada tahun 2019 menerusi slot Cerekarama di TV3 pada hujung minggu ini.

Telefilem yang penuh pengajaran dan menyayat hati ini menampilkan gandingan Zamarul Hisyam dan Tiz Zaqyah sebagai teraju utama sepanjang penceritaan.

Maaf Dari Khilaf

Sinopsis Telefilem Maaf Dari Khilaf

Telefilem Maaf Dari Khilaf mengisahkan tentang pasangan suami isteri Bakar dan Salimah yang hidup gembira tetapi masih belum dikurniakan zuriat.

Satu hari, mereka diberikan berita gembira apabila Salimah mengandung. Akan tetapi hasrat Bakar untuk memiliki zuriat tidak kesampaian apabila Salimah mengalami keguguran.

Bakar panas hati kerana penantian zuriat selama 15 tahun berakhir dengan kejadian tragis.

Dia tekad untuk mencari angkara siapa yang mencampak sampah dari tingkat atas rumah flatnya yang mengakibatkan keguguran kandungan isterinya.

Pada masa yang sama, jiran mereka Rosnah berasa amat bersalah kerana dia tahu ini semua adalah salahnya.

Barisan Pelakon & Watak

Antara pelakon-pelakon yang membintangi Maaf Dari Khilaf seperti Zamarul Hisyam, Tiz Zaqyah, Elly Mazlein, Ako Mustapha, Rosnah Mat Aris, Ustaz Dinie, Nik Alias Seman, Sherry Al Jeffri dan ramai lagi.

Advertisements
  • Zamarul Hisyam sebagai Bakar
  • Tiz Zaqyah sebagai Salimah
  • Elly Mazlein sebagai Rosnah
  • Ako Mustapha sebagai Nasrul
  • Rosnah Mohd Aris sebagai Maimon

Produksi & Pengarah

Telefilem ini merupakan merupakan arahan sutradara Eoon Shuhaini, idea asal dan penulisan skrip daripada Hatta Midy serta diterbitkan oleh produksiĀ ZKreative Production Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa saksikan telefilem Maaf Dari Khilaf pada 20 Julai 2024, hari Sabtu, pukul 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Info Penuh Telemovie

Tayangan Asal : 2019
Bersiaran : Slot Cereka Pilihan di TV3
Tarikh : 20 Julai 2023 (Sabtu)
Waktu : 2.00 Petang
Penulis Skrip : Hatta Midy
Pengarah : Eoon Shuhaini
Produksi : ZKreative Production Sdn. Bhd.

Leave a Comment