Telefilem Maafkan Saya Cikgu Di TV3

Hujung minggu ini, anda bakal disajikan dengan telefilem Maafkan Saya Cikgu yang akan bersiaran menerusi slot Cereka Pilihan di TV3.

Telefilem ini pada awalnya ditayangkan pada tahun 2016 dan kini akan menemui penonton semula dengan dibarisi pelakon seperti Ben Laden, Sherrie Merlis dan ramai lagi.

maafkan saya cikgu

Sinopsis Telefilem Maafkan Saya Cikgu

Telefilem ini mengisahkan kehidupan susah dua beradik, Azali Azirun yang berkongsi pakaian sekolah setiap hari sehingga sering pulang awal dan datang lambat ke sekolah telah mendapat perhatian dari Cikgu Marzuki.

Yun dan Zali dua anak-anak yatim kematian ayah dan tinggal bersama-sama ibu dalam keadaan kemiskinan. Zali seorang murid agak nakal dan cerdik, namun sering di rotan akibat lambat ke sekolah kerana membantu ibunya menjual nasi lemak di serata pekan.

Akhirnya setelah guru displin mengekori abangnya, Yun yang berlari untuk memberikan pakaian sekolah yang dipakainya untuk adiknya, Zali ke sekolah, bersimpati apabila mendengar segala kesulitan yang dilalui selepas kematian ayah mereka dalam satu kebakaran.

Pelakon Dan Watak

Berikut merupakan antara barisan pelakon yang terlibat seperti Muhammad Benladen, Putera Syazwan, Sherie Merlis, Zamarul Hisham, Shahronizam, Shera Aiyob dan ramai lagi.

Advertisements
  • Muhammad Benladen sebagai Azali
  • Putera Syazwan sebagai Azirun
  • Sherie Merlis sebagai Zubaida
  • Zamarul Hisham sebagai Cikgu Shafeei

Produksi & Pengarah

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2016 ini merupakan arahan Riza Baharudin, nukilan skrip daripada Shaza Thalib dan diterbitkan oleh produksi Art Ornament.

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa saksikan telefilem Maafkan Saya Cikgu yang akan bersiaran pada 18 Mei 2024, hari Sabtu, pukul 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Leave a Comment