Table Of Content
Saksikan telefilem Mahram yang akan menemui penonton semula pada 4 Oktober 2024, hari Jumaat, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga strim secara online di Tonton.
Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2017 ini merupakan arahan Hashim Rejab, nukilan skrip daripada Shahremy Ikmal dan diterbitkan oleh syarikat produksi Sha’s Media Sdn. Bhd.
Tayangan Asal : 2017
Bersiaran : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 4 Oktober 2024 (Jumaat)
Masa : 8.30 Malam
Skrip : Shahremy Ikmal
Pengarah : Hashim Rejab
Produksi : Sha’s Media Sdn. Bhd.
Pelakon & Watak
Berikut merupakan barisan pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Izreen Azminda, Fauzi Nawawi, Tania Hudson, Ashraf Muslim, Lisdawati, Adik Kirana Batrisya dan ramai lagi.
- Izreen Azminda sebagai Saleha
- Fauzi Nawawi sebagai Zamarul
- Tania Hudson sebagai Amyra
- Ashraf Muslim sebagai Ashraf
- Lisdawati sebagai Mira
- Adik Kirana Batrisya sebagai Huda
Sinopsis Telefilem Mahram
Telefilem Mahram mengisahkan Saleha iaitu isteri kepada Zamarul yang telah lama menyimpan wang untuk menunaikan ibadah haji seperti mana impiannya sejak kecil lagi.
Walaupun perkahwinannya dengan Zamarul tidak dikurniakan seorang anak pun, Saleha pasrah dan redha dengan ketentuan-Nya.
Saleha selalu membaca dan mendengar cerita jemaah haji yang telah pulang ke Malaysia. Saleha semakin tidak sabar dan semakin bersemangat untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci itu.
Disebabkan itu jugalah Saleha sanggup mengikat perut dan berjimat cermat mengumpul wang dalam wang simpanan tabung hajinya.