Telefilem Makbul Di TV3 (Cerekarama)

Hujung minggu anda kali ini akan disajikan kembali dengan telefilem Makbul yang akan menemui penonton menerusi slot Cerekarama di saluran TV3.

Telefilem yang meruntun hati ini menampilkan barisan pelakon seperti Aedy Ashraf, Shah Faris, Hafeez Mikail dan ramai lagi.

Sinopsis Telefilem Makbul

Telefilem Makbul mengisahkan tentang Amir Hafiz yang meninggal dunia dilanggar oleh Akbar berikutan aktiviti lumba haram yang dilakukan pada malam Hafiz pulang daripada Masjid.

Ketika itu, mak dan bbah memang menunggu kepulangan Hafiz, anak mereka yang belajar di sebuah sekolah asrama agama. Hafiz adalah anak harapan mereka. Hafiz budak baik, solat tak tinggal, berbudi bahasa dan disayangi semua.

Disebabkan kehilangan tersebut, si mak tidak dapat menerima kenyataan dan tidak dapat melupakannya. Terus teringat kepada anak kesayangannya sehingga mengabaikan si Along yang juga terasa dengan keadaan tersebut.

Adakah akhirnya Akhbar akan tertangkap dan kematian Hafiz terbela? Bagaimana pula dengan keadaan si mak selepas kejadian tersebut?

Advertisements
makbul

Pelakon Dan Watak Lakonan

Berikut merupakan senarai penuh barisan pelakon untuk telefilem ini iaitu Aedy Ashraf, Shah Faris, Hafeez Mikail, Liza Abdullah, Rahim Omar, Anne Abdullah, Syamil Muhsin, Arisa Soraya, Edaman Othman dan ramai lagi.

  • Aedy Ashraf sebagai Akbar
  • Shah Faris sebagai Hafiz
  • Hafeez Mikail sebagai Along
  • Liza Abdullah sebagai Mak
  • Rahim Omar sebagai Ibrahim
  • Anne Abdullah sebagai Ruby

Produksi & Pengarah

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2020 ini merupakan arahan Fairuz Loy, nukilan skrip daripada Sofia J Rhyland dan diterbitkan oleh syarikat produksi Country Universal Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jadi jangan terlepas untuk saksikan telefilem Makbul yang akan menemui penonton pada 25 Mei 2024, bersiaran semula pada hari Sabtu, pukul 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3 dan secara online di Tonton.

Leave a Comment