Table Of Content
Sempena Hari Ibu, RTM bawakan telefilem khas berjudul Makcik Selamat Hari Ibu yang mana akan menemui penonton pada 13 Mei ini menerusi slot Drama On 2 di TV2.
Sebuah telefilem yang sarat dengan pengajaran yang mana menampilkan barisan pelakon hebat seperti ibu Wafariena Roslan bersama Anne Abdullah.
Telefilem Makcik Selamat Hari Ibu
Telefilem Makcik Selamat Hari Ibu mengisahkan tentang Hafizah yang kematian emaknya dan kemudian dia dijaga oleh makciknya, Ros iaitu adik emaknya.
Tetapi Hafizah tidak dapat menerima Makcik Ros sebagai pengganti emaknya. Namun Ros tetap tidak berputus asa menyayangi Hafizah seperti anak sendiri kerana ini adalah amanah arwah kakaknya.
Pelakon Dan Watak Lakonan
Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam telefilem Makcik, Selamat Hari Ibu ini seperti Wafariena Roslan, Anne Abdullah, Idham Maulana, Arash Mohamad dan ramai lagi.
- Wafariena Roslan sebagai Hafizah
- Anne Abdullah sebagai Makcik Ros
Produksi & Pengarah
Telefilem khas ini merupakan hasil tangan tuan pengarah Mohd Faudze Md Taib, nukilan skrip daripada Ijam Lobes bersama Ku Aminah dan diterbitkan oleh produksi Eiga Network Sdn. Bhd.
Waktu Bersiaran
Jangan lupa saksikan telefilem Makcik Selamat Hari Ibu yang akan bersiaran pada 13 Mei 2024, hari Isnin, pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga strim secara online di RTM Klik.