Telefilem Man Santan Di TV2

RTM sekali lagi akan bawakan telefilem Man Santan yang mana sebelum ini pernah disiarkan di TV2 pada tahun 2020 yang lalu.

Telefilem khas Aidilfitri ini menampilkan lakonan daripada Azam Pitt, Sissy Iman, Syazwan Zulkifli dan ramai lagi.

man santan

Sinopsis Telefilem Man Santan

Telemovie Man Santan mengisahkan tentang Man Santan iaitu seorang dan si penjual santan merajuk dengan sikap orang kampung yang suka memandang rendah akan kerjayanya.

Advertisements

Akhirnya penduduk kampung menghadapi masalah apabila menjelang hari raya, satu kampung tiada bekalan santan dan kelapa. Tambahan pula, kedudukan kampung yang terpencil menyukarkan bekalan bahan mentah masuk.

Pelakon & Watak

Telemovie ini menampilkan pelakon seperti Azam Pitt, Sissy Iman, Syazwan Zulkifly, Razak Ahmad, Mak Wan, Halimatus Sadiah, Firdaus Zami dan ramai lagi.

  • Azam Pitt sebagai Man Santan
  • Sissy Iman sebagai Siti
  • Razak Ahmad sebagai Penghulu
  • Shazwan Zulkifli sebagai Razak

Produksi & Pengarah

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2020 ini merupakan arahan Latiff Zami, nukilan skrip daripada Bihan Zulkifli dan diterbitkan oleh syarikat produksi Brighstar Pictures Sdn. Bhd.

Advertisements

Waktu Bersiaran

Jangan lupa saksikan telemovie Man Santan yang akan menemui penonton semula pada 23 April 2024, hari Selasa, pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 dan secara online di RTM Klik.

Dimana Disiarkan

Slot Drama On 2 di TV2

Waktu Disiarkan

23 April 2024 (Selasa), 9.00 Malam

Leave a Comment