Table Of Content
Jangan lupa untuk tonton semula telefilem Manipulasi yang akan bersiaran pada Isnin, 30 Disember 2024, jam 9.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga tonton secara online di Tonton.
Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2018 ini merupakan arahan Bade Hj. Azmi, nukilan skrip daripada Zack Zaideen dan diterbitkan oleh syarikat produksi A. Aida Production Sdn. Bhd.
Tayangan Asal : 2018
Bersiaran : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 30 Disember 2024 (Isnin)
Masa : 9.30 Malam
Skrip : Zack Zaideen
Pengarah : Bade Hj. Azmi
Produksi : A. Aida Production Sdn. Bhd.
Pelakon & Watak
Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telemovie ini seperti Liyana Jasmay, Syafiq Kyle, Dayang Areeda, Catriona Ross, Ariff Aziz, Raja Hakim, Kenny Ong, Siti Ruwiyani, Shyrim Husni dan ramai lagi.
- Liyana Jasmay sebagai Rita
- Syafiq Kyle sebagai Ku Haris
- Dayang Areeda sebagai Juana
- Catriona Ross sebagai Puan Rose
- Ariff Aziz sebagai Fattah
- Raja Hakim sebagai Ku Hasyim
- Kenny Ong sebagai Benny
Sinopsis Telefilem Manipulasi
Telefilem Manipulasi mengisahkan tentang Ku Haris dan Rita berkahwin selepas pertemuan ketika sama-sama belajar dahulu.
Ku Haris dari keluarga berada dan dilantik sebagai CEO di syarikat keluarga setelah habis belajar. Rita tidak bekerja atas permintaan Ku Haris.
Sejak awal perkahwinan lagi, Ku Haris sering pulang lewat sehinggakan telah menjadi buah mulut jiran mengatakan Ku Haris mempunyai wanita simpanan. Sehinggalah Ku Haris mengaku setelah beberapa kali kantoi dengan Rita.
Dia telah berkahwin dengan setiausahanya, Juana. Rita akhirnya meneruskan hidup dan memulakan kehidupan yang baru.