Table Of Content
Pelbagai kisah menarik yang dibawakan TV3 menerusi slot Cerekarama sepanjang Julai ini antaranya menerusi telefilem Mencari Nur Hidayah yang akan menemui penonton pada 6 Julai ini.
Sebuah telefilem yang mengisahkan bagaimana seorang ahli kongsi gelap yang pada awalnya berkelakuan jahat dan akhirnya menemui jalan cahaya dan inign berubah kepada yang lebih baik.
Sinopsis Telefilem Mencari Nur Hidayah
Telefilem Mencari Nur Hidayah mengisahkan tentang Jai yang berjaya melarikan wang RM100 ribu milik ketua kumpulan kongsi gelapnya yang bernama Payat.
Dia merancang untuk meninggalkan Malaysia dan dia sedar dirinya dalam bahaya. Payat dapat menghidu rancangan Jai, dia mengarah ahli kumpulannya untuk menjejaki Jai.
Jai baru saja membeli tiket penerbangan, dia terserempak dengan orang-orang Payat. Dia dikejar, sehinggalah Jai menyorok di sebuah kedai pakaian barangan sunnah dan pada masa itu kelihatan sekumpulan pelajar tahfiz sedang membeli belah di kedai tersebut.
Demi menyelamatkan diri, Jai memakai jubah dan ikuti kumpulan pelajar tahfiz yang dibawa oleh Ustaz Husnul tersebut sehingga pulang ke pondo. Sejak itu, kehidupannya berubah serta merta.
Apakah perubahan tersebut? Adakah Jai dapat lari daripada Payat akhirnya? Nantikan..
Pelakon Dan Watak
Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam telefilem Mencari Nur Hidayah seperti Beto Kusyairy, Mustaqim Bahadon, Pablo Amirul, Toy Nizam, Dai Hakim, Shawn Nahar, Rosnah Johari dan ramai lagi.
- Beto Kusyairy sebagai Jai
- Mustaqim Bahadon sebagai Payat
- Dai Hakim sebagai Ustaz Husnul
Produksi & Pengarah
Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan arahan sutradara Nazir Jamaluddin, nukilan skrip daripada Hasnor Hassan dan diterbitkan oleh syarikat produksi Suara Kita Production Sdn. Bhd.
Waktu Tayangan
Jadi jangan lupa untuk saksikan kembali telefilem Mencari Nur Hidayah yang akan bersiaran pada 6 Julai 2024, hari Sabtu, pukul 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3 atau boleh juga striming di Tonton.