Telefilem Misteri Lain Macam Di TV9

Jangan lupa untuk saksikan kembali telefilem Misteri Lain Macam yang mana akan menemui penonton semula pada 7 Jun ini menerusi slot Skrin Di 9 di TV9.

Telefilem dengan genre seram komedi ini yang mana sebelum ini ditayangkan sempena Hari Raya Aidilfitri dan kini akan dibawakan kembali untuk tontonan ramai.

misteri lain macam

Sinopsis Telefilem Misteri Lain Macam

Telefilem Misteri Lain Macam mengisahkan tentang tentang Cici yang membawa diri ke Kuala Lumpur kerana mahu mencuba nasib menjadi penulis skrip filem seram misteri.

Sementara itu, Man Telor yang menyukai Cici tidak dapat menerima Cici pergi berjauhan darinya.

Pelakon Dan Watak Lakonan

Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Didie Alias, Azhan Rani, Sissy Imann, Nadzmi Adhwa, Cahaya Eina, Rahul Iskandar dan ramai lagi.

Advertisements
  • Didie Alias sebagai Mawar
  • Sissy Imann sebagai Cici
  • Azhan Rani sebagai Jali
  • Nadzmi Adhwa sebagai Man Telor 

Produksi & Pengarah

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2022 ini merupakan arahan M. Nazir Juhan, nukilan skrip daripada Norsyiella Annuar dan diterbitkan oleh syarikat produksi Padi Pictures Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Saksikan telefilem Misteri Lain Macam yang akan menemui penonton pada 7 Jun 2024, bersiaran semula pada hari Jumaat, pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh strim secara online di Tonton.

Leave a Comment