Telefilem Morse Code Daripada Haikal Di TV2

RTM akan bawakan kembali telefilem Morse Code Daripada Haikal ke kaca tv menerusi slot Drama On 2 yang akan ditayangkan di TV2.

Sebuah telefilem yang memaparkan misi menyelamat dimana menampilkan lakonan daripada Aidil Aziz dan Firdaus Ghufran sebagai teraju utama.

morse code daripada haikal

Sinopsis Telefilem Morse Code Daripada Haikal

Telefilem Morse Code Daripada Haikal mengisahkan tentang Badrul iaitu seorang pemandu pelancong yang menerima isyarat lampu dari hutan yang menganggu fikiran dan aktiviti hariannya.

Ia menyebabkan Badrul berusaha payah mencari punca lampu tersebut dan didapati ianya adalah kod morse yang dihantar oleh seorang bernama Haikal.

Tetapi mengapa Haikal menghantar morse code tersebut? Apa tindakan Badrul pula dalam mencari tahu punca keberadaan lampur morse code tersebut?

Barisan Pelakon & Wata

Berikut merupakan barisan pelakon yang ada dalam telefilem ini seperti Aidil Aziz, Firdaus Ghufran, Akmal Effendee, Mohd Helmy Hamdan (RJ), Dr. Priscillia Miard, Mahabbah Athirah, Lolly Sams dan ramai lagi.

Advertisements
  • Aidil Aziz sebagai Badrul
  • Firdaus Ghufran sebagai Haikal
  • Akmal Effendee sebagai Yori
  • Mohd Helmy Hamdan (RJ) sebagai Fizi
  • Dr. Priscillia Miard sebagai Dr. Priscillia

Produksi & Pengarah

Telefilem asalnya diterbitkan pada tahun 2023 ini merupakan arahan sutradara Shahnas Putra, merangkap sebagai penulis skrip dan diterbitkan oleh syarikat produksi Magnificient Creative Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jangan lupa untuk saksikan telefilem Morse Code Daripada Haikal yang akan menemui penonton semula pada 10 Jun 2024, hari Isnin, pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau secara online di RTM Klik.

Leave a Comment