Telefilem Mungkin Di TV2

Bagaimana agaknya perasaan apabila kita ketahui kita ada saudara kembar yang telah lama terpisah dan kini bertemu semula?

Kisah ini dipaparkan dalam bentuk drama menerusi telefilem Mungkin yang akan menemui penonton semula pada 23 Januari ini di TV2

mungkin

Sinopsis Telefilem Mungkin

Telefilem Mungkin mengisahkan tentang Intan iaitu seorang gadis yang dipelihara oleh keluarga angkatnya di Filipina.

Kini dia meningkat dewas dan membuat keputusan untuk mencari semula ibu kandungnya di Malaysia dan bertemu dengan Indera, saudara kembarnya yang mempunyai masalah kulit yang teruk!

Bagaimana Intan menghadapi situasi baharunya ini? 

Barisan Pelakon

Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam telefilem Mungkin ini seperti Amar Asyraf, Mimi Lana, Aleeza Shahdan, Kay Khaidir, Taha Wahid, Suzanna Zaily Zin dan ramai lagi.

Watak Lakonan

Mimi Lana sebagai Intan
Amar Asyraf sebagai Indera
Shahronizam Noor sebagai Ayah
Aleeza Shahdan sebagai Ibu
Kay Khaidir sebagai Ikhlas
Taha Wahid sebagai Pak Ngah
Suzanna Zaily Zin sebagai Mak Ngah

Produksi & Pengarah

Telefilem ini merupakan arahan dan lakon layar sutradara Ashraf Jurey, penulisan skrip daripada Suzanna Zaily Zin dan diterbitkan oleh produksi Fox Studio.

Waktu Bersiaran

Saksikan telefilem Mungkin pada 23 Januari 2024, bersiaran semula pada hari Selasa, pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 dan RTM Klik

Info Penuh Telemovie

Tayangan Asal : 2022
Bersiaran : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 23 Januari 2023 (Selasa)
Waktu : 9.000 Malam
Penulis Skrip : Suzanna Zaily Zin
Pengarah : Ashraf Jurey
Produksi : Fox Studio

Leave a Comment