Filem Mustaqim (Tonton)

Sebuah lagi kandungan Tonton Original akan menemui penonton mulai 18 April 2024 iaitu menerusi ‘Mustaqim’ yang akan ditayangkan di platform digital Tonton.

Sebuah telefilem aksi yang menampilkan gandingan pelakon seperti MK K-Clique, Syafie Naswip, Rita Nadira dan ramai lagi.

mustaqim

Sinopsis Telefilem Mustaqim

Telemovie Mustaqim mengisahkan tentang Mustaqim yang ingin mencapai kejayaan di bandar besar meskipun tidak mempunyai pendidikan tinggi.

Malah, dia menjadi seorang yang berpengaruh dan ditakuti oleh konco-konconya. Namun, jalan gelap dan hitam ini akhirnya memberi kesan kepada kehidupannya.

Tindakan Mustaqim untuk keluar daripada jalan hitam mula diuji apabila Razif menolak permintaan tersebut, malah Razif memberi amaran untuk merisikokan Mustaqim dan keluarganya. Apakah rahsia gelap yang mengikatnya daripada membalas dendam?

Barisan Pelakon

Dalam telefilem menampilkan lakonan daripada MK K-Clique, Sharul Kamal, Syafie Naswip, Rita Nadira, Khatijah Tan, Bohari Ibrahim, Rykarl, Azhan Rani, Megat Adli dan ramai lagi.

  • MK K-Cliques sebagai Mustaqim
  • Syafie Naswip sebagai Razif

Produksi & Pengarah

Super tele ini merupakan idea asal daripada Dato’ Saniboey Mohd Ismail, diarahkan oleh Eyra Rahman dan diterbitkan oleh produksi Razor Edge

Waktu Tayangan

Anda boleh saksikan telefilem Mustaqim ini menerusi platform penstriman tonton.com.my atau menggunakan aplikasi Tonton.

Advertisements

Anda boleh langgan akaun VIP dengan harga bermula RM9.90 untuk sebulan dan menonton pelbagai kandungan eksklusif dan menarik setiap hari.

Dimana Ditayangkan

Platform Tonton

Bila Mula Ditayangkan

18 April 2024 dan seterusnya

Leave a Comment