Telefilem Nadi Luna Di TV3

Malam hujung minggu anda akan disajikan kembali telefilem Nadi Luna yang akan menemui penonton pada 7 Jun 2024 menerusi saluran TV3.

Sebuah telefilem yang mengisahkan bagaimana ibu bapa sanggup mengorbankan jiwa anaknya kepada insan yang lebih memerlukan.

Sinopsis Telefilem Nadi Luna

Kisah Fira yang sibuk dengan persiapan sambutan hari jadi untuk Riyaan yang kelima. Dia sanggup berbelanja lebih untuk merealisasikan tema hari jadi Riyyan. Amri tidak bersetuju langsung kerana baginya semua itu membazir.

Bagaimanapun, Amri mengalah kerana Fira terkenang susah payah mereka untuk mendapatkan anak. Sambutan hari jadi Riyyan bertemakan ‘Comboy’ dan dihadiri ramai tetamu. Riyyan yang bermain dengan gelongsor terjatuh apabila kanak-kanak tanpa sengaja mengolakknya.

Riyyan dikejarkan ke hospital dan doktor maklumkan dia alami pendarahan dalam otak menyebabkan koma. Amri menyalahkan Fira kerana beria-ia mahu mengadakan parti itu.

Sementara itu, Luna bergelut dengan maut akibat komplikasi jantung dan hanya pemindahan jantung yang dapat menyelamatkannya. Doktor memujuk keluarga Riyyan supaya menderma jantung kepada Luna tetapi Fira dan Amri tidak bersetuju.

Hubungan Fira dan Amri terpisah apabila Amri mendapat tahu Fira mendermakan jantung arwah anak mereka Rayyan tanpa mendapat kebenarannya terlebih dahulu. Malah Fira juga merahsiakan kepada siapa dia mendermakan jantung Riyyan.

Pada mulanya Fira tidak bersetuju, namun apabila melihat rayuan ibu Luna, akhirnya dia bersetuju untuk mendermakan jantung Riyyan. Luna selamat menjalani pemindahan jantung. Pertemuan Amri dengan Rizal telah membongkar rahsia selama ini. Rupanya Rizal ayah kepada Luna yang menerima jantung anaknya.

Advertisements

Amri mula menghubunyi Fira dan memberitahu bahawa ‘Riyyan’ masih hidup. Pada mulanya Fira merasakan yang Amri sudah gila. Amri menjelaskan yang dia sudah menemui keluarga Luna, malah dia sedar yang dengup jantung Riyyan kini berada dalam tubuh Luna. Sejak itu, hubungan Amri dan Fira kembali bertaut.

Pelakon Dan Watak

nadi luna

Berikut merupakan antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Azrel Ismail, Amelia Henderson, Elisha Sandha, Afiq Muiz, adik Nur Qistina Raisah, adik Nik Hadiff Dani, Nurawanis dan ramai lagi.

  • Azrel Ismail sebagai Amri
  • Amelia Henderson sebagai Fira
  • Elisha Sandha sebagai Wani
  • Afiq Muiz sebagai Rizal
  • adik Nur Qistina Raisah sebagai Luna
  • adik Nik Hadiff Dani sebagai Riyyan

Produksi & Pengarah

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2018 ini merupakan arahan Harris Fadzillah, nukilan skrip daripada Sofia J Rhyland dan diterbitkan oleh syarikat produksi Tenview (M) Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jangan lupa untuk saksikan semula telefilem Nadi Luna pada 7 Jun 2024, bersiaran pada hari Jumaat pukul 10.00 malam menerusi saluran TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Leave a Comment