Telefilem Nak Balik Kampung Di TV3

Malam hujung minggu anda akan disajikan semula dengan telefilem Nak Balik Kampung menerusi saluran TV3 yang mana sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat.

Kita bakal dapat lihat bagaimana suasana ketika kali pertama negara kita dilanda pandemik dan terpaksa mengharungi tempoh PKP berbulan-bulan lamanya.

nak balik kampung

Sinopsis Telefilem Nak Balik Kampung

Kisah Telefilem Nak Balik Kampung bermula selepas 3 bulan tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) tamat dimana Hisyam sekeluarga akhirnya pulang ke kampung halaman.

Semasa singgah berhenti di masjid, Hisyam tidak menyedari anak-anaknya turun keluar kereta untuk membuang air. Apakah yang terjadi seterusnya?

Pelakon Dan Watak

Telefilem ini menampilkan pelakon seperti Farahdhiya, Amar Asyraf, Kilafairy, Jay Iswazir, Adam Mika, Duerra Mitilda, Amin Khan, Yan Ibrahim, Adra Fatihah dan ramai lagi.

  • Farahdhiya sebagai Melisa
  • Amar Asyraf sebagai Hisyam
  • Kilafairy sebagai Fateha
  • Jay Iswazir sebagai Roy
  • Adam Mika sebagai Ammar
  • Duerra Mitilda sebagai Alisya

Produksi & Pengarah

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2021 ini merupakan arahan Adam Hamid, nukilan skrip daripada Najmie Maziez Mazelan dan diterbitkan oleh produksi Enuja Production Sdn. Bhd.

Advertisements

Waktu Bersiaran

Saksikan telefilem Nak Balik Kampung pada 3 Mei 2024, hari Jumaat, pukul 10.00 malam menerusi saluran TV3 atau anda juga boleh strim secara online di platform https://www.tonton.com.my/.

Dimana Disiarkan

TV3

Waktu Disiarkan

3 Mei 2024 (Jumaat), jam 10.00 malam

Leave a Comment