Table Of Content
Jangan lupa untuk saksikan telefilem Nana Dan Jam Atok yang akan menemui penonton semula pada 11 Januari 2025, hari Sabtu, pukul 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan di TV3 dan secara online di Tonton.
Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan arahan Emi Suffian, nukilan skrip daripada Anina Sahal dan diterbitkan oleh syarikat prdouksi Orangetree Production Sdn Bhd.
Tayangan Asal : 2019
Bersiaran : Slot Cereka Pilihan di TV3
Tarikh : 11 Januari 2025 (Sabtu)
Masa : 2.00 pm
Penulis Skrip : Anina Sahal
Pengarah : Emi Suffian
Produksi : Orangetree Production Sdn. Bhd.
Pelakon & Watak
Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telemovie ini seperti Nur Qistina Raisah, Shukri Yahaya, Nabila Razali, Hafizuddin Fazil, Shanie, Gen Darwish, Danish Hazriq, Ramli Salleh dan ramai lagi.
- Nur Qistina Raisah sebagai Nana
- Shukri Yahaya sebagai Samad
- Nabila Razali sebagai Cikgu Liza
- Hafizuddin Fazil sebagai Atok Karim
- Shanie sebagai Kak Nani
- Gen Darwish sebagai Mikael
- Danish Hazriq sebagai Farish
Sinopsis Telefilem Nana Dan Jam Atok
Telefilem Nana Dan Jam Atok mengisahkan tentang Nana dikenali sebagai seorang pelajar yang pemalas dan sering lewat ke sekolah. Alasan yang biasa digunakan jika datang lambat ke sekolah adalah jam di rumahnya rosak dan tidak berbunyi.
Disebabkan perkara tersebut, ayahnya menukar jam dibilik Nana dengan harapan ada perubahan. Suatu hari, sebelum Nana pulang ke Kuala Lumpur, atuknya telah menghadiahkannya sebuah jam antik yang telah merubah hidup Nana.
Disebabkan jam antik tersebut, masa bermainnya terasa sungguh singkat dan masa belajar semakin lama. Dia cuba untuk membuang jam itu tetapi jam itu tetap kembali ke biliknya. Dia tidak mahukan jam tersebut berada di biliknya.
Pelbagai cara Nana cuba untuk menghapuskan jam itu sehingga menghadiahkan jam itu kepada Cikgu Liza sempena Hari Guru akan tetapi jam itu tetap kembali ke biliknya. Nana mula pasrah dan kehidupnya semakin berubah ke arah kebaikan.