Table Of Content
Saksikan telefilem Neraka Masih Maisarah yang akan menemui penonton semula pada 27 Januari 2025, hari Isnin, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau secara online di Tonton.
Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2018 ini merupakan arahan Along Kamaludin, nukilan skrip daripada Lily Suhana Mohd Diah dan diterbitkan oleh produksi Layar Ceritera Sdn. Bhd.
Tayangan Asal : 2018
Bersiaran : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 27 Januari 2025 (Isnin)
Masa : 8.30 pm
Penulis Skrip : Lily Suhana Mohd Diah
Pengarah : Along Kamaludin
Produksi : Layar Cerita Sdn. Bhd.
Pelakon & Watak
Berikut antara pelakon-pelakon yang membintangi telemovie ini seperti Mimi Lana, Laila Nasir, Shahz Jaszle, Sura Sojangi, Aisyah Along Kamaludin, Mustaqim Bahadon, Raja Afiq, Ainina Ahmad B, Sheeda Ali dan ramai lagi.
- Mimi Lana sebagai Maisarah
- Laila Nasir sebagai Mak Midah
- Shahz Jaszle sebagai Budin
- Sura Sojangi Dijah
- Aisyah Along Kamaludin sebagai Bella
- Raja Afiq sebagai Zakuan
Sinopsis Telefilem Neraka Kasih Maisarah
Telefilem Neraka Kasih Maisarah mengisahkan tentang Maisarah iaitu anak kepada seorang bidan kampung yang terkenal dan sangat dihormati, Mak Midah. Segala hal berkaitan perbidanan di kampung pasti akan dirujuk ibu Maisarah tersebut.
Maisarah dijaga dengan penuh kasih sayang dan mereka hidup bahagia. Namun kebahagian mereka berakhir dengan satu tragedi malang menimpa Maisarah apabila maruah di tergadai.
Maisarah disahkan hamil 2 bulan atas pelakukan Zakuan terhadapnya. Disebabkan itu, Maisarah memintau Zakuan untuk bertanggungjawab namun Zakuan enggan.

Maisarah membuat keputusan untuk lari dari kampung sehingga hampir 6 bulan lamanya dan sehinggalah dia pulang kembali ketika kandungannya berusia 8 bulan. Dia yakin hanya ibunya mampu membantunya.
Ternyata ianya tidak seperti yang disangka apabila Mak Bidah bertindak mengurung Maisarah di belakang rumah sehinggalah selamat melahirkan bayi tersebut. Demi menutup aib keluarga, anak yang baru dilahirkan tersebut diberikan kepada pasangan suami isteri, Dijah.
Bermula saat itulah, Maisarah menjadi gila dan hilang arah kerana rindukan anaknya sehingga dia melarikan diri dan mengambil anaknya sendiri dari rumah Dijah sehingga menimbulkan kekecohan di kampung.
Apakah yang akan berlaku pada Maisarah? Pastinya tragedi malang ini memberikan impak yang mendalam kepada kehidupan Maisarah.