Telefilem Nur 3 Pagi Di TV3

Jangan terlepas untuk saksikan kembali telefilem Nur 3 Pagi yang akan menemui penonton semula pada 6 Julai 2024, hari Sabtu, pukul 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan di TV3 dan secara online di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2017 ini merupakan arahan Heykal Hanifah, nukilan skrip daripada Mama Bella dan diterbitkan oleh syarikat produksi Luqsar Kreatif Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2017
Bersiaran : Slot Cereka Pilihan di TV3
Tarikh : 6 Julai 2024 (Sabtu)
Masa : 2.00 Petang
Skrip : Mama Bella
Pengarah : Heykal Hanifah
Produksi : Luqsar Kreatif Sdn. Bhd.

nur 3 pagi

Pelakon Dan Watak

Berikut merupakan antara pelakon yang membintangi telemovie Nur 3 Pagi seperti Azira Shafinaz, Syafiq Kyle, Kamal Sumbu, Rashid Jaafar, Khatijah Tan, Rahim Jelani, Shahir Aniq dan ramai lagi.

  • Azira Shafinaz sebagai Nur Jannah
  • Syafiq Kyle sebagai Fariz
  • Kamal Sumbu sebagai Fendi
  • Rashid Jaafar sebagai Pak Harun
  • Khatijah Tan sebagai Mak Siti
  • Rahim Jelani sebagi Abdul Hayy

Sinopsis Telefilem Nur 3 Pagi

Telefilem Nur 3 Pagi mengisahkan tentang Nur Jannah dan ibu bapanya telah berpindah ke kampung halaman setelah lama menetap di ibu kota. Di kampungnya, dia telah berkenalan dengan Fariz. Setelah beberapa lama berkenalan, mereka bertunang.

Beberapa minggu selebum perkahwinannya, Nur sering terjaga tepat pada pukul 3 pagi. Fariz akan menasihatinya untuk solat tahajud dan berselawat.

Suatu hari, Fariz telah mengalami kemalangan semasa berada di dalam perjalanan untuk berjumpa dengan Nur. Nur masih terjaga setiap pukul 3 pagi dan tidak dapat melelapkan mata.

Advertisements

Nur telah mencoretkan kisahnya dalam blog yang diberi nama Nur 3 Pagi. Cerita dalam blog Nur akhirnya sampai ke bacaan Abdul Hayy.

Abdul Hayy rupa-rupanya ayah kandung Nur. Dia telah berjumpa dengan Nur dan keluarga angkatnya untuk menceritakan kisahnya dan terbongkar kebenaran bahawa Fariz itu merupakan saudara susuan Nur.

Adakah Nur dapat menerima dengan kesemua infomasi baharu tentang dirinya sendiri?

Leave a Comment