Telefilem Obsesi Di TV3

Hujung minggu anda kali ini akan disajikan kembali telefilem Obsesi dimana akan bersiaran pada 27 April ini menerusi saluran TV3 di slot Cerekarama.

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2021 ini menampilkan lakonan daripada Aprena Manrose, Idris Khan dan ramai lagi.

Sinopsis Telefilem Obsesi

Telemovie Obsesi mengisahkan tentang Ayu yang kecewa apa ketahui kekasih hatinya, Razif curang dan lebih mengecewakan dia menikahi adiknya iaitu Aina.

Namun dalam kedukaan, satu rahsia telah mula dibongkar oleh Ayu. Adakah segalanya telah dirancang?

Pelakon Dan Watak

Telefilem ini menampilkan barisan pelakon seperti Idris Khan, Aprena Manrose, Octovia Manrose, Amar Asyraf, Haeriyanto Hassan, Ainina Ahmad, Syed Irfan, Zizi Zulkifli dan ramai lagi.

  • Aprena Manrose sebagai Ayuni
  • Idris Khan sebagai Razif
  • Amar Asyraf sebagai Aiman
  • Octovia Manrose sebagai Aina
  • Ainina Ahmad sebagai Asmidar
  • Haeriyanto Hassan sebagai Azmi

Produksi & Pengarah

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2021 ini merupakan arahan Azhari Zain, nukilan skrip daripada Eja Lorena bersama Siti Solehah Abdul Ghani dan diterbitkan oleh produksi Layar Ceritera Sdn. Bhd.

Advertisements

Waktu Bersiaran

Jangan lupa untuk saksikan telefilem Obsesi yang akan menemui penonton semula pada 27 April 2024, bersiaran pada hari Sabtu, pukul 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3 dan online Tonton.

Dimana Disiarkan

Slot Cerekarama TV3

Waktu Disiarkan

27 April 2024, hari Sabtu, pukul 10.00 malam

Leave a Comment