Table Of Content
Selepas lebih 13 tahun ditayangkan di tv, telefilem Oh Haram kini akan menemui penonton semula menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 pada 22 April 2024 akan datang.
Sebuah telefilem komedi yang mana juga diselit dengan pelbagai pengajaran yang boleh diambil sepanjang penceritaan.
Sinopsis Telefilem Oh Haram
Telemovie Oh Haram mengisahkan tentang Rahimi iaitu anak kepada Fazil dan Faridah yang baru sahaja menamatkan pengajian Usuluddin di Isketambola setelah lima tahun tidak pulang ke tanahair.
Rahimi dahulunya seorang yang periang dan lembut kini menjadi tegas tidak bertempat. Kepulangan Rahimi membataskan banyak aktiviti dan rutin seisi keluarga, apa sahaja yang tidak betul di mata Rahimi akan ditegah.
Kegembiraan buat Ain bertukar menjadi perbalahan adik-beradik. Nak dijadikan cerita, time tu la Ain dpt tahu bawa dia cuma anak angkat dlm famili tu.
Lagi la…..
Suatu hari, motor yang ditunggang oleh Rahimi gagal dikawal, dia dan Ain terjatuh. Ain diserang Asma dan keadaan dia semakin sesak.
Farhana dan Zali cuba mencari ikhtiar malangnya tiada kereta yang lalu di jalan itu mahu berhenti bila ditahan. Apakah Rahimi akan menghalalkan hukum disaat darurat?
Pelakon & Watak
Berikut antara pelakon yang terlibat seperti Aqasha, Sharifah Amani, Rita Rudaini, Jalil Hamid, Hamidah Wahab dan ramai lagi.
- Aqasha sebagai Rahimi
- Sharifah Amani sebagai Ain
- Rita Rudaini sebagai Farhana
- Jalil Hamid sebagai Fazil
- Hamidah Wahab sebagai Faridah
Waktu Bersiaran
Jadi jangan lupa untuk saksikan telefilem Oh Haram yang akan menemui penonton semula pada 22 April 2024, hari Isnin, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau secara online di Tonton.
Dimana Disiarkan
Slot Skrin Di 9 di TV9
Waktu Bersiaran
22 April 2024 (Isnin), 8.30 Malam