Telefilem Orang Gaji Ke-19 Di TV2

Hari Pekerja pada 1 Mei semakin hampir. Jadi disebabkan itu, RTM bawakan kembali telefilem Orang Gaji Ke-19 ke kaca tv dimana akan disiarkan menerusi slot Drama On 2 di TV2.

Sebuah telefilem yang memaparkan bagaimana Tina lakonan Adriana Adnan terpaksa menyamar sebagai orang gaji di rumah orang kaya atas arahan daripada ceti haram.

orang gaji ke-19

Sinopsis Telefilem Orang Gaji Ke-19

Telemovie Orang Gaji Ke-19 mengisahkan tentang Tina yang terpaksa menyamar sebagai orang gaji di rumah seorang dudak anak satu iaitu Mukhriz disebabkan arahan daripada ceti haram, Camel kerana menanggung hutang ibu bapanya.

Advertisements

Dalam masa yang sama menyamar sebagai orang gaji, Tina juga dipaksa untuk mencuri sebuah lukisan milik Mukhriz dirumahnya yang berharga RM8 juta bagi melangsaikan hutangnya tersebut.

Misi mereka itu gagal kerana Mukhriz yang mereka sasarkan bukanlah Mukhriz yang menjadi majikan Tina. Lukisan yang disangka bernilai RM8 juga sebenarnya adalah lukisan anak Mukhriz.

Pelakon Dan Watak Lakonan

Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Adriana Adnan, Josiah Hogan, Ain Sufia, Dottie, Faiz Tapaw, Mior Darwish dan ramai lagi.

  • Adriana Adnan sebagai Tina
  • Josiah Hogan sebagai Tuan Mukhriz
  • Dottie sebagai Camel
  • Mior Darwish sebagai Danny
  • Faiz Tapaw sebagai Jai
  • Ain Sufia sebagai Ain

Produksi & Pengarah

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2023 ini merupakan arahan Yen Osing yang juga merangkap penulis skrip jalan cerita dan diterbitkan oleh syarikat produksi Tribution Studio.

Advertisements

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan semula telefilem Orang Gaji Ke-19 yang akan bersiaran pada 30 April 2024, hari Selasa, pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau secara online di RTM Klik.

Dimana Disiarkan

Slot Drama On 2 di TV2

Waktu Disiarkan

30 April 2024 (Selasa), jam 9.00 malam

Leave a Comment