Table Of Content
Jika tiada aktiviti yang ingin dibuat pada hujung minggu ini, apa kata anda saksikan telefilem Pak Su yang akan menemui penonton menerusi slot Panggung RTM.
Sebuah telefilem yang berkisarkan tentang kemasyarakatan dengan menampilkan lakonan Izzue Islam sebagai teraju dan pelakon utama.
Sinopsis Telefilem Paksu
Telefilem Pak Su mengisahkan watak Paksu yang meminta ibu dan ayahnya mencarikan jodoh untuk dirinya.
Akan tetapi dia meletakkan syarat dimana dia akan menerima seorang gadis dengan hantaran berjumlah RM5000 sahaja.
Berjayakah Pak Su menemui jodoh pada akhirnya nanti?
Produksi & Pelakon
Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2022 ini merupakan arahan sutradara ZH Emdee M Danial yang juga penulis skrip dan diterbitkan oleh produksi GHA International Sdn. Bhd.
Barisan Pelakon
Antara barisan pelakon yang terlibat seperti Izzue Islam, Risteena Munim, Lan Zailan, Rashidah Jaafar, Anne Abdullah, Sazrin Aizul, Annie Mosha, Shawal Osman, Fatimah Az Zahra dan ramai lagi
Watak Lakonan
Izzue Islam sebagai Paksu
Risteena Munim sebagai Emmy
Lan Zailan sebagai Mansor
Rashidah Jaafar sebagai Rohana
Qazim Nor sebagai Rezam
Anne Abdullah sebagai Kamariah
Sazrin Aizul sebagai Nizam
Waktu Bersiaran
Tonton telefilem Pak Su yang akan menemui penonton semula pada 27 Januari 2024, hari Sabtu, pukul 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 dan online RTM Klik
Info Penuh Telemovie
Tayangan Asal : 2022
Bersiaran : Slot Panggung RTM di TV1
Tarikh : 27 Jun 2023 (Sabtu)
Waktu : 9.00 Malam
Idea Asal : Mahani Shafee
Penulis Skrip : ZH Emdee M Danial
Pengarah : ZH Emdee M Danial
Produksi : GHA International Sdn. Bhd.