Telefilem Pendoa Yang Ikhlas Di TV2

Telefilem Pendoa Yang Ikhlas akan temui penonton kembali dan kali ini akan bersiaran menerusi saluran RTM di TV2 iaitu pada 1 April yang akan datang.

Ianya merupakan sebuah telefilem adaptasi daripada cerpen Haji Azizi Haji Abdullah yang mengisahkan tentang kehidupan Haji Tamin sebagai seorang imam dan jurunikah.

pendoa yang ikhlas

Sinopsis Telefilem Pendoa Yang Ikhlas

Telemovie Pendoa Yang Ikhlas mengisahkan tentang rentetan perjalanan hidup Haji Tamin yang merupakan seorang imam dan jurunikah di sebuah kampung.

Selain daripada tugas-tugas sebagai imam dan jurunikah, beliau juga sangat aktif bergiat dalam aktiviti politik setempat dan luar kawasan.

Beliau yang telah berkahwin dan mempunyai empat orang anak sangat dikagumi dan dihormati oleh masyarakat setempat disebabkan kepimpinan dah kewibawaan beliau dalam menggalas tanggungjawab yang diberikan.

Haji Tamin yang sering sibuk dengan tugas hakiki sebagai imam dan jurunikah politik turut mendapat sokongan daripada isterinya.

Isteri yang selalu ada untuk melengkapi segala kelemahan dan kekurangan beliau dalam menguruskan hal rumahtangga dan anak-anak.

Taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada perjuangan suami menjadi tauladan kepada anak-anak yang sentiasa mengidolakan ibu mereka.

Langit tidak akan selalunya cerah. Kebahagiaan yang dimiliki mereka sekeluarga sedikit goyang apabila ibu yang sentiasa menjadi pelengkap dalam hidup mereka sekeluarga dijemput ilahi.

Haji Tamin antara yang paling terkesan dengan pemergian insan tersayang. Insan yang sentiasa bersamanya diwaktu susah dan senang. Yang sentiasa melengkapi segala kekurangan beliau.

Sejak kehilangan isteri yang sentiasa menggalas tugas beliau sebagai ketua keluarga, kehidupannya mula tidak keruan.

Faktor usia yang semakin meningkat turut menjadi punca kekusutan hidup. Limah, anak sulung dan merupakan satu-satunya anak perempuan Haji Tamin mengambil alih tugas menguruskan makan minum beliau sejak pemergian ibunya.

Hari demi hari, anak-anak mula mencorak perjalanan hidup Haji Tamin. Aziz merupakan anak bongsu keluarga adalah yang paling berani menyuarakan sebarang cadangan kepada bapanya.

Bermula dengan penglibatan bapanya dengan dunia politik yang dianggap sebagai sesuatu yang tidak pernah menghasilkan sebarang keuntungan.

Pengaruh masyarakat setempat yang menganggap bahawa bapanya sudah tidak releven lagi untuk menjadi imam dan jurunikah di kampung itu menjadikan mereka adik-beradik tidak senang duduk dan mencari jalan terbaik untuk meminta bapa mereka berhenti dari melakukan pekerjaan yang telah lama membebani bapanya itu.

Mereka mula merancang pengakhiran yang terbaik untuk Haji Tamin. Namun apakah kesudahannya?

Barisan Pelakon

Antara nama-nama dan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Bohari Ibrahim, Zahiril Adzim, Adibah Noor, Fatimah Abu Bakar, Azman Hassan, Che Kem dan ramai lagi.

pendoa yang ikhlas

Watak Lakonan

  • Bohari Ibrahim sebagai Haji Tamin
  • Zahiril Adzim sebagai Aziz
  • Fatimah Abu Bakar sebagai sebagai Ibu & Isteri
  • Adibah Noor sebagai Kak Limah
  • Azman Hassan sebagai Karim
  • Che Kem sebagai Nasir

Produksi & Pengarah

Telefilem asalnya ditayangkan pad tahun 2019 ini merupakan arahan sutradara Wan Afzam Wan Daud, nukilan skrip daripada Amin Masyhur dan diterbitkan hasil kerjasama pihak RTM dan DBP.

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan telefilem Pendoa Yang Ikhlas pada 1 April 2024, bersiaran semula pada hari Isnin, pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga strim secara online di RTM Klik.

Info Penuh Telefilem

Tayangan Asal : 2019
Bersiaran : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 1 April 2024 (Isnin)
Masa : 9.00 Malam
Skrip : Amin Mashyur
Pengarah : Wan Afzam Wan Daud
Produksi : RTM & Dewan Bahasa dan Pustaka

Leave a Comment