Telefilem Pengemis Itu Saudara Aku Di TV9

Anda akan disajikan kembali telefilem Pengemis Itu Saudara Aku yang akan menemui anda pada Isnin ini menerusi slot Skrin Di 9 di TV9.

Sebuah telefilem yang menceritakan bagaimana sifat manusia yang mempunyai perasan iri hati dan benci meskipun kepada saudaranya sendiri.

pengemis itu saudara aku

Sinopsis Telefilem Pengemis Itu Saudara Aku

Telefilem Pengemis Itu Saudara Aku mengisahkan tentang Emily yang berminat dengan fotografi telah menangkap gambar seorang pengemis kacak tetapi comot. Hasil fotonya menjadi bualan ramai.

Emily mencari pengemis itu semula untuk membantu pengemis itu menjadi lebih terurus dan mendokumentasikan proses itu. Pengemis itu akhirnya berjaya diubah dengan bantuan Iqbal, rakan Emily dan memperkenalkan diri sebagai Danish.

Kisah Danish yang menular itu mendapat perhatian Hairi. Hairi adalah salah seorang ahli keluarga Danish yang telah menyebabkan Danish menjadi pengemis. Hairi menjadi semakin dendam dan ingin menghancurkan kehidupan Danish sekali lagi.

Barisan Pelakon Dan Watak

Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam telemovie ini ialah Izzue Islam, Ezzaty Abdullah, Amirul Faqeem, Azwan Kombos, Andrea Abdullah, Fendi Amat, Zulkifli Ismail dan ramai lagi.

Advertisements
  • Izzue Islam sebagai Dani
  • Ezzaty Abdullah sebagai Emily
  • Amirul Faqeem sebagai Iqbal
  • Azwan Kombos sebagai Hairi
  • Andrea Abdullah seabgai Juriah
  • Fendi Amat sebagai Hashim

Pengarah & Produksi

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2017 ini merupakan arahan sutradara Along Kamaludin, nukilan skrip daripada Azlina Din dan diterbitkan oleh syarikat produksi Ansar Creative Media Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Saksikan telefilem Pengemis Itu Saudara Aku yang akan menemui penonton kembali pada 27 Mei 2024, bersiaran pada hari Isnin, pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 dan online Tonton.

Leave a Comment