Telefilem Penunggu Simpang Di TV9

TV9 bawakan kembali sebuah telefilem seram komedi berjudul Penunggu Simpang menerusi slot Skrin Di 9 di saluran TV9 pada Jumaat ini.

Sebuah telefilem menampilkan pelakon seperti Aiman Tino, Jaja Illiyes, Kazar Saisi dan ramai lagi.

penunggu simpang

Sinopsis Telefilem Penunggu Simpang

Tahun 1990, simpang jalan disebuah kampung bernama Kampung Simpang-Simpang dikatakan berhantu. Munculnya penunggu yang digelar Penunggu Simpang.

Penunggu Simpang ini menyerupai wanita yang sangat cantik berambut panjang hingga ke tanah. Senyumannya menyebabkan sesiapa yang terserempak menjadi sangat takut.

Tok Ketua selesai bercerita kepada budak-budak nakal yang sedang bermain basikal ‘lajak’.  Tok Ketua beritahu, di simpang ini ada penunggu.

Sesiapa yang buat kacau akan diganggu penunggu simpang. Budak-budak nakal itu berjanji tak akan bermain basikal lajak di simpang itu lagi.

Barisan Pelakon

Antara nama-nama yang membintangi telefilem ini seperti Aiman Tino, Jaja Illiyes, Kazar, Khaty Azian, Zaidi Omar, Nafiez Zaidi, Ropie, Hassan Ja’apar, Faiz Tapaw, Zee Zainal, Dazrin Kamarudin, Awe dan ramai lagi.

Watak Lakonan

Aiman Tino sebagai Norman
Jaja Illiyes sebagai Deana
Kazar sebagai Tok Ketua
Khaty Azian sebagai Isteri Tok Ketua
Zaidi Omar sebagai Khair
Nafiez Zaidi sebagai Faiz
Ropie sebagai Seman

Produksi & Pengarah

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan arahan Along Kamaludin, penulisan skrip daripada MF Kencana dan diterbitkan oleh produksi A. Aida Production Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Tonton telefilem Penunggu Simpang yang akan menemui penonton semula pada 26 Januari 2024, hari Jumaat, pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 dan Tonton

Info Penuh Telemovie

Tayangan Asal : 2019
Bersiaran : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 26 Jun 2023 (Jumaat)
Waktu : 8.30 Malam
Penulis Skrip : MF Kencana
Pengarah : Along Kamaludin
Produksi : A. Aida Production Sdn. Bhd.

Leave a Comment