Telefilem Pergilah Cinta Di TV3 (Cerekarama)

Minggu ini, anda akan disajikan kembali dengan sebuah telefilem kekeluargaan berjudul Pergilah Cinta yang akan bersiaran menerusi slot Cerekarama TV3.

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2017 ini menampilkan gandingan pelakon daripada Fahrin Ahmad dan Diana Danielle sebagai teraju utama.

pergilah cinta

Sinopsis Telefilem Pergilah Cinta

Telefilem Pergilah Cinta mengisahkan tentang Reza yang ingin memberi kejutan buat isterinya, Liyana bersempena dengan ulang tahun perkahwinan ke-5.

Liyana kemurungan sejak ibunya meninggal dunia. Reza cuba sedaya upaya untuk menceriakan isterinya.

Namun, Reza terkejut apabila Liyana telah meninggalkannya dan menuntut penceraian. Reza sedar bahawa rakan kolejnya, Fazley telah menikam dari belakang.

Reza telah mulakan kehidupan baharu selepas menceraikan Liyana. Perkahwinan Liyana dan Fazley tidak bahagia.

Liyana ingin kembali kepada Reza. Walaupun masih ada sayang terhadap bekas isterinya, Reza menolak untuk rujuk kembali.

Advertisements

Pelakon Dan Watak

Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefielm ini seperti Fahrin Ahmad, Diana Danielle, Raja Afiq, Sasqia Dahuri, Fatin Nabilah, Fauzi Mohamad, Zul Jasmara, Marisa Yasmin dan ramai lagi.

  • Fahrin Ahmad sebagai Reza
  • Diana Danielle sebagai Liyana
  • Raja Afiq sebagai Fazley
  • Sasqia Dahuri sebagai Rania
  • Fatin Nabilah sebagai Aira
  • Fauzi Mohamad sebagai Shauqi

Produksi & Pengarah

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2017 ini merupakan arahan Shuhaimi Lua, nukilan skrip daripada Zyza Backy dan diterbitkan oleh produksi Tanah Beris Film Production Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jangan lupa untuk saksikan telefilem Pergilah Cinta yang akan menemui penonton semula pada 18 Mei 2024, hari Sabtu, pukul 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3 dan secara online di Tonton.

Leave a Comment