Telefilem Pondok Senja Di TV3

Hujung minggu anda akan disajikan kembali telefilem Pondook Senja yang mana ianya akan bersiaran menerusi slot Cereka Pilihan di TV3.

Sebuah telefilem genre drama dengan menampilkan barisan pelakon popular seperti Datuk Fauziah Nawi, Kamal Adli, Syafie Naswip dan ramai lagi.

pondok senja

Sinopsis Telefilem Pondok Senja

Sebuah keluarga hartawan perkapalan yang mempunyai seorang anak tunggal yang sedang belajar di universiti iaiti Zulfa, dilanda kejutan tentang pewarisan harta dan juga aset perniagaan.

Warisannya adalah menjaga sebuah pondok agama di sebuah kampung. Dapatkah zulfa melaksanakan wasiat tersebut? Apakah yang terjadi di hujung misi dia ini?

Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telemovie ini seperti Datuk Fauziah Nawi, Kamal Adli, Nazeerah Sardi, Syafie Naswip, Kamal Sumbu dan ramai lagi.

Produksi & Pengarah

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2022 ini merupakan arahan Raja Ahmad Alauddin, nukilan skrip daripada ZM Emdee dan diterbitkan oleh syarikat produksi Hujan Lebat Sdn. Bhd.

Advertisements

Waktu Bersiaran

Jangan lupa saksikan telefilem Pondok Senja yang akan menemui penonton semula pada 4 Mei 2024, hari Sabtu, pukul 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan di TV3 atau secara online di Tonton.

Dimana Disiarkan

Slot Cereka Pilihan di TV3

Waktu Disiarkan

4 Mei 2024 (Sabtu), jam 2.00 petang

Leave a Comment